Senarai Lagu Semifinal Muzik-Muzik 30

Seperti yang diketahu semua Muzik-Muzik 30 telah pun memasuki peringkat separuh akhir. Sebelum kita pergi kepada Senarai Lagu Semifinal Muzik-Muzik 30 ataupun Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik-Muzik 30 kita “throwback” sedikit sejarah Muzik-Muzik ini. Muzik Muzik ialah rancangan carta muzik mingguan terbitan TV3 di mana lagu-lagu bahasa Malaysia, gubahan komposer dan penulis lirik Malaysia, dipertandingkan untuk dinilai dan diundi para penonton. Tidak seperti rancangan carta muzik televisyen lain yang memutarkan video muzik lagu, di Muzik Muzik, penyanyi harus merakamkan persembahan secara langsung di studio.

Senarai Lagu Semifinal Muzik-Muzik 30
Senarai Lagu Semifinal Muzik-Muzik 30

Kini, penggambaran Muzik Muzik bertempat di Sri Pentas 2, Shah Alam. Lagu-lagu yang paling berjaya sepanjang tahun akan layak ke acara tahunan Anugerah Juara Lagu yang diadakan pada awal setiap tahun berikutnya.Muzik Muzik yang dimulakan pada 2 Mac 1986, dua tahun selepas TV3 mula beroperasi, memasuki musim ke-29 pada tahun 2014.

Jadi ini dia Senarai Lagu Semifinal Muzik-Muzik 30 untuk rujukan anda semua. Ada ke tidak anda punya lagu kegemaran? Jangan lupa saksikan lagu-lagu kegemaran anda ketika pertandingan separuh akhir Muzik-Muzik 30 ini yang akan berlangsung selama 3 minggu berturut-turut. 22, 29 November dan 6 Disember 2015.

1. Kaka Azraff – Bukan Hal Aku (feat. Sleeq)
2. Ayda Jebat – Siapa Diriku
3. Lah Ahmad – Kau Tercipta
4. Stacy – Not for sale
5. Firman – Di Pintumu
6. Black – Mana Mungkin
7. Forteen – Linangan Terakhir
8. Ronnie Hussein – DiKoyak Waktu
9. Aziz Harun – Senyum
10. Amir Jahari – Selalu Ada
11. Nanasheme – Hantu Atau Buaya
12. Faizal Tahir – Assalamualaikum
13. Tasha Manshahar – Terima Kasih
14. Noh Salleh – Angin Kencang
15. Mawi, Hazama – Al Nuraa Yang 5 Yang 6 feat Daly Filsuf
16. Hafiz dan Adira – Untuk Cinta
17. Hey Kau – Sandra
18. Dayang Nurfaizah – Takkan Pernah Menyerah
19. Aizat – Langit Tetap Biru
20. Akim & The Majistret – Potret
21. Alyah – Syurga
22. Azmil – Nyawaku
23. Bunkface – Malam Ini Kita Punya
24. Caliph Buskers – Hanya Namamu
25. Drama Band – Biarkanlah
26. Elizabeth Tan – Knock Knock
27. Hazama – Sampai Mati
28. Qanda – Cinta Yang Sempurna
29. Sakura Band – Melepaskanmu
30. Sofazr, Asfan, RJ – #Peristiwa

Lagu manakah yang akan layak ke Malam Anugerah Juara Lagu ke 30 nanti. Sama-sama kita nantikan keputusannya nanti setelah selesai 3 minggu separuh akhir dijalankan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *