Senarai Pelakon Suri Hati Mr Pilot

Sekarang tengah hangat ditayangkan di kaca Tv drama Suri Hati Mr Pilot. Pastinya anda mengenali hero dan heroin drama ini iaitu Fattah Amin dan juga Neelofa. Jadi jom kita lihat semua Senarai Pelakon Suri Hati Mr Pilot yang ditayangkan di Astro Ria sekarang ini. Selain perkongsian Senarai Pelakon Suri Hati Mr Pilot ini admin juga ingin mengongsikan sinopsis cerita drama Suri Hati Mr Pilot ini.

Drama terbitan Cube Film Sdn Bhd ini diarahkan oleh Michael Ang dan dibintangi pelakon seperti Fattah Amin, Neelofa, Eleena, Alvin Chong, Mas Khan, Aleza Shadan, Nina Juren.

Sinopsis drama, pertemuan Ejaz (Mr. Pilot) dan Warda membuka semula lembaran kisah dua tahun lalu. Peristiwa yang menyebabkan Warda dibuang keluarga atas kebodohan sendiri yang terlalu taasub dengan cinta Muslim. Getar yang hadir buat jiwa Warda dan Ejaz kalut sendiri. Ejaz diasak cemburu dengan kehadiran Daniel dan Razif yang turut menyimpan perasaan istimewa pada Warda. Akhirnya dia nekad untuk mengahwini Warda.

Perkahwinan yang terbina mula menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun tika bahagia berada di puncak, Muslim kembali menuntut cinta. Inara mula menyusun rencana. Ejaz mula diburu curiga. Hubungan yang retak menanti belah akhirnya runtuh saat satu kemalangan menimpa Ejaz dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Warda dan dunia penerbangan.

Masih adakah lagi bahagia buat mereka? Layakkah Warda menjadi suri hati buat Mr. Pilotnya? Atau akan menjadi racun berbisa pada kebahagiaan Ejaz? Nantikan drama Suri Hati Mr Pilot ini bermula 10/10/2016 selepas tamatnya Abang Bomba I Love You, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 maam di saluran Astro Ria 104 dan HD 123.

Senarai Pelakon Suri Hati Mr Pilot
Senarai Pelakon Suri Hati Mr Pilot

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *