Home » SUKAN » Senarai Pemain Naturalisasi JDT 2016

Senarai Pemain Naturalisasi JDT 2016

Senarai Pemain Naturalisasi JDT 2016
Senarai Pemain Naturalisasi JDT 2016

Nampaknya pasukan Harimau Selatan begitu serius untuk membangunkan bola sepak Johor bahkan bukan itu sahaja mereka juga seakan pemangkin kepada pembangunan bola sepak negara. Kerana apa? kerana mereka telah berjaya membawa balik ke negara kita pemain-pemain naturalisasi yang berkelana di luar negara. Bukan kah ini menguntungkan bola sepak negara. Jadi mari kita lihat Senarai Pemain Naturalisasi JDT 2016 untuk rujukan semua.

KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta’zim (JDT) dan JDT II akan diperkuatkan dengan kehadiran beberapa pemain berdarah campuran atau naturalisasi bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini. Empat lagi pemain – Curran Singh Ferns dari Australia, Nick Swirad (England), Stuart Wark (Scotland) dan Shaz Ramlee (Australia) akan ditempatkan dalam pasukan JDT II sebagai sebahagian daripada projek pembangunan bola sepak negeri Johor dan dua lagi pemain telah dipinjamkan kepada Negeri Sembilan.

Samuel Somerville, 21, dari Ascot, England beraksi di posisi penjaga gol ketiga JDT menggantikan Muhammad Al-Hafiz Hamzah yang berpindah ke JDT II. Somerville yang berketinggian 1.80 meter itu pernah menyertai lima pasukan di England sebelum ini antaranya Farnborough selama setahun, Godalming Town (pinjaman) pada 2012 dan diikat kelab berkenaan untuk semusim selepas itu. Dia kemudian menyertai kelab Slough Town pada 2013 untuk saingan Divisyen Perdana Liga Bola Sepak Selatan sebelum dipinjamkan ke Badshot Lea untuk setahun dan tahun lalu bersama Tooting&Mitcham dengan 12 penampilan.

Dalam satu temubual menerusi portal sebelum ini, Somerville berkata dia mendapat ‘petunjuk’ untuk bermain di Liga Malaysia (Liga M) menerusi sahabat baiknya, Junior Eldstal. “Tanggapan pertama saya mengenai bermain bola sepak di Malaysia mula timbul selepas sesi gimnasium bersama Junior Eldstal, sahabat saya yang sering berlatih bersama saya dan bermain bersama di Farnborough,” katanya seperti dipetik laman web itu.

“Dia ada memberitahu, bagaimana dia berlatih di sana di samping mendedahkan corak permainan di sana. Dari situlah, tanggapan saya (bermain di Liga Malaysia) mula timbul (untuk hadir ke Malaysia) dan bermain secara profesional.” Nenek Somerville berasal dari Kulim, Kedah dan berkahwin dengan datuknya yang bekerja di Royal Air Force di Butterworh ketika berusia 17 tahun. Selepas mendirikan rumah tangga neneknya tinggal di England bersama datuknya.-BH-

Foto dari FB : Johor Southern Tigers

Check Also

Gambar Jersi Johor Darul Takzim JDT 2018

Gambar Jersi Johor Darul Takzim JDT 2018

Gambar Jersi Johor Darul Takzim JDT 2018 telah pun dilancarkan secara rasmi oleh pasukan JDT …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *