Senarai Perdana Menteri Malaysia

Admin ingin berkongsi kepada semua pembaca berkaitan informasi Senarai Perdana Menteri Malaysia dari dulu hingga kini. Admin pasti serba sedikit artikel ini boleh membantu sesiapa sahaja yang sedang mencari info tentang Senarai Perdana Menteri Malaysia yang ada. Bagi admin, admin lahir dalam zaman pemerintahan perdana menteri Dr Mahathir Mohamed. Anda pula bagaimana?

Mari kita lihat satu persatu Senarai Perdana Menteri Malaysia yang pernah menerajui negara kita. Bermula dari Perdana Menteri Malaysia yang pertama sehingga ke hari ini iaitu YAB Najib Razak. Jangan lupa kongsikan ilmu ini kepada yang lain. Semoga menjadi sumber rujukan yang berguna kepada anda.

Perdana Menteri pertama adalah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 – 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai Tunku, beliau juga dikenang sebagai Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia.

Perdana Menteri Kedua adalah Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Haji Hussein (11 Mac 1922 – 14 Januari 1976) merupakan Perdana Menteri Malaysia kedua yang berkhidmat dari tahun 1970 sehingga 1976. Beliau termasyhur dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (NEP) (1971) yang bertujuan untuk mengatasi masalah ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum. Selepas kematiannya, beliau telah dikenang sebagai Bapa Pembangunan. Inilah Senarai Perdana Menteri Malaysia.

Perdana Menteri ketiga adalah Tun Hussein bin Dato’ Onn (12 Februari 1922 – 29 Mei 1990) merupakan Perdana Menteri Malaysia ketiga yang berkhidmat dari tahun 1976 sehingga 1981. Beliau diperlihatkan sebagai seorang yang amat ikhlas dalam perjuangan untuk mencapai perpaduan kaum dan mempunyai reputasi untuk bertindak keras kepada sesiapa yang mencuba membangkitkan kekacauan perkauman di dalam negara. Oleh sebab usahanya dalam pemupukan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia, Tun Hussein Onn telah dikenang sebagai Bapa Perpaduan.

Perdana Menteri Keempat adalah Tun Dr Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada 10 Julai 1925. Beliau yang cukup dikenali dengan “Dr. M” menggunakan nama timangannya sendiri, “Che Det” sebagai nama pena, beliau banyak menulis dengan artikel pertamanya disiarkan oleh akhbar The Straits Times Singapura pada 20 Julai, 1947 bertajuk “Malay Women Make Their Own Freedom” (Wanita Melayu Mencipta Kebebasan Sendiri). Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau berjaya membawa pembangunan melalui dasar-dasar dan perancangan yang diilhamkan dari kejayaan negara-negara luar sehingga mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai salah sebuah negara yang berdaya maju di Asia Tenggara sehingga pernah dinamakan sebagai salah sebuah negara ‘Harimau Ekonomi Asia’. Dikenali juga sebagai Bapa Pemodenan oleh sesetengah rakyat Malaysia.

Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dilahirkan pada 26 November 1939 dan juga dikenali sebagai Pak Lah merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, mewarisi kepimpinan daripada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Beliau juga merupakan bekas Presiden UMNO ke-6, parti politik yang paling besar dalam Malaysia. Selepas melepaskan jawatan Perdana Menteri Malaysia, 1 September 2009, beliau dilantik menjadi Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dilahirkan pada 23 Julai 1953 adalah Perdana Menteri Malaysia (ke-6) terkini sejak 3 April 2009, selain sebagai Menteri Kewangan dan parlimen Pekan, Pahang. Beliau adalah anak lelaki sulung kepada bekas perdana menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Dato’ Hussein. Di peringkat akar umbi politik, beliau merupakan Presiden UMNO yang ke-7.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *