Home » SUKAN » Sepanyol Belasah Liechtenstein 8-0

Sepanyol Belasah Liechtenstein 8-0

Sudah tentu seluruh rakyat Malaysia sedang marah dengan pengadil yang mengadili perlawanan Malaysia menentang Hong Kong malam tadi bukan. Tapi admin bukan ingin kongsikan berita sukan tersebut hari ini di sini. Admin ingin kongsikan kan bahawa gergasi bola sepak eropah Sepanyol Belasah Liechtenstein 8-0 untuk kempen kelayakan piala dunia FIFA Rusia 2018.

Alvaro Morata dan Iago Aspas masing-masing meledak dua gol bagi membantu Sepanyol membelasah Liechtenstein 8-0, sekali gus semakin hampir untuk mengesahkan tempat ke pusingan akhir Piala Dunia di Russia tahun depan. Kemenangan 1-0 Itali ke atas Israel menyaksikan Sepanyol kekal dengan kelebihan tiga mata di depan Azzurri sebagai pendahulu Kumpulan C kempen kelayakan Zon Eropah dengan dua perlawanan berbaki.

Sepanyol Belasah Liechtenstein 8-0
Sepanyol Belasah Liechtenstein 8-0

Bagaimanapun, Sepanyol turut mempunyai kelebihan 17 gol berbanding Itali dan jika menang ke atas Albania di laman sendiri bulan depan, mereka secara automatik layak ke Piala Dunia. Juara dunia 2010 itu jelas tidak memberi peluang kepada lawan mereka yang turut ditewaskan 8-0 di laman sendiri, setahun lalu.

Kapten Sepanyol, Sergio Ramos tidak menunggu lama untuk meletakkan pasukan di depan apabila membuka tirai jaringan seawal minit ketiga. Morata memanfaatkan sepenuhnya ketiadaan rakan sepasukan di Chelsea, Diego Costa yang tidak cergas bagi membuktikan dia layak menjadi penyerang nombor satu skuad kendalian Lopetegui apabila menjaringkan tiga gol dalam tempoh empat hari.

Morata menambah koleksi jaringannya selepas pertemuan dengan Itali hujung minggu lalu apabila menanduk masuk hantaran Andres Iniesta sebelum Isco meledak gol ketiga dalam tempoh hanya 16 minit. David Silva kemudian menjaringkan gol keempat sebelum Aspas yang masuk menggantikan pemain itu turut meletakkan nama sebagai penjaring pada minit ke-51.

Morata menjaringkan gol keenam tiga minit kemudian sebelum Aspas sekali lagi membuktikan keputusan Lopetegui membawa dia masuk adalah tepat apabila meledak gol ketujuh. Gol kelapan Sepanyol terhasil selepas tonggak pertahanan lawan, Maximilian Goppel tertampan masuk bola ke gawang sendiri.

Hebat sungguh Sepanyol kan. Tetapi tidak hairan lah kita dengan kemenangan ini kerana sudah pasti Sepanyol dibarisi dengan pemain-pemain yang bermain di liga-liga hebat eropah seperti La Liga, EPL dan Sirie A Itali.

Check Also

Nelo Vingada Letak Jawatan Coach Malaysia

Nelo Vingada Letak Jawatan Coach Malaysia

Nelo Vingada Letak Jawatan Coach Malaysia. Nampak gayanya jodoh ketua jurulatih skuad Harimau Malaya tidak …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *