Sharnaaz Ahmad Dan Jambang Berpisah Tiada

Sharnaaz Ahmad Dan Jambang Berpisah Tiada. Pelakon berbakat Sharnaaz Ahmad simpan jambang kerana hendak tiru Wak Doyok?  Mengenai sesetengah pihak yang cuba samakan jambangnya dengan Wak Doyok, Shanaaz melahirkan rasa kecewa kerana ramai lagi ikon jambang yang boleh dijadikan contoh.

Kenapa Sharnaaz simpan jambang? Menurut beliau, jambang bukan untuk suka-suka tetapi atas dasar kerja sebagai seorang pelakon untuk menjayakan telefilem Hidupku Solatku Matiku. Jika projek seterusnya tidak sesuai, mungkin dia akan mencukurnya.

Mengenai telefilem Hidupku Solatku Matiku arahan Raja Ahmad Alauddin, Sharnaaz memberitahu ia turut dibintangi Fasha Sandha dan Puteri Balqis. Ia bakal ditayangkan di Astro Oasis tidak lama lagi. Nantikan kemunculan Sharnaaz dan jambangnya.

Sharnaaz Ahmad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *