Home » INFORMASI » Siapa Imam Muda Ammar

Siapa Imam Muda Ammar

Siapa Imam Muda Ammar
Siapa Imam Muda Ammar

Nama Imam Muda Ammar menjadi sebutan sehari dua ini di Facebook. Tetapi Siapa Imam Muda Ammar sebenarnya? Macam mana rupa beliau. Apakah biodata beliau. Jadi admin kongsikan kepada anda serba sedikit tentang Siapa Imam Muda Ammar ini.

Berkaitan posting-posing beliau di Facebook admin tidak mahu kongsikan di sini cuma anda cari lah sendiri di page-page besar di FB mereka ada kongsikan berkaitan dengan posting Imam Muda Ammar ini. Apa yang boleh admin simpulkan satu adalah posting tentang vaksin tersebut memang menampakkan ketidak matangan Ammar. Apabila ditegur oleh netizen jawapan balas dan permohonan maaf dari beliau lagi menunjukkan beliau tidak ikhlas dan seperti menganjing. Tau-tau FB Ammar pula sudah tutup. Aiyooo

Nah admin kongsikan kepada anda serba-sedikit Siapa Imam Muda Ammar. Merupakan peserta Imam Muda musim kedua dan mendapat tempat ke-3. Lahir di kuala lumpur dan menetap di ulu klang selama 5 tahun. Berhijrah ke Johor Bharu dan bersekolah di Sek Rendah Islam Hidayah ,Skudai Johor Bharu sehingga UPSR. Menghafal Al Quran 30 juz di Madrasah Miftahul Uloom, Masjid Jamek Sri Petaling Kuala Lumpur selama 3 tahun. Mendapat Ijazah dalam Pengajian Islam dan Bahasa Arab serta sanad Hadith Al- Bukhari di Madrasah Miftahul Uloom Seri Petaling Kuala Lumpur (8 tahun). Pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah. Kolej Universiti Insaniah Kedah dalam bidang Syariah ( Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian ).  Memiliki Sanad Kitab Hadith Sahih Al Bukhari (Jilid 1 & 2) , rantaian Sanad hingga ke Rasulullah SAW dan pernah belajar Dauratul Hadith (Pengajian Khusus Hadith Kutubussittah selama 2 tahun) di Madrasah Miftahul Uloom Seri Petaling Kuala Lumpur. (Biodata ini bagi memudahkan penganjur program).

Pesanan buat Ammar. Tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Jika rasa kita ada buat silap kita mohon maaf dengan ikhlas dan bukan menunjukkan kita ini hebat. Hebat-hebat manusia tidak ke mana pun. Jika kita kurang arif kita bertanya. Berfikir sewarasnya sebelum kita berkata-kata. Ilmu itu luas.

SUMBER

Check Also

Siapa Sebenarnya P Waythamoorthy

Siapa Sebenarnya P Waythamoorthy

Siapa Sebenarnya P Waythamoorthy ini? Tiba-tiba sahaja nama P Waythamoorthy menjadi panas dan menjadi sebutan di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *