Home » INFORMASI » Siaran Langsung Bajet 2018 27 Oktober 2017

Siaran Langsung Bajet 2018 27 Oktober 2017

Siaran Langsung Bajet 2018 27 Oktober 2017 
Siaran Langsung Bajet 2018 27 Oktober 2017

Siaran Langsung Bajet 2018 27 Oktober 2017 . Bajet 2018 akan dibentangkan pada 27 Oktober 2017 di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Beberapa siri majlis, mesyuarat dan perbincangan telah dan sedang rancak dilaksanakan untuk mendapatkan input pembentangan Bajet 2018 dari pelbagai pihak.

Sehubungan itu, kami ingin memohon kerjasama dan sokongan tuan/puan menwar-warkan melalui pelbagai saluran komunikasi agensi masing-masing untuk mendapatkan cadangan/idea rakyat terhadap Bajet 2018. Cadangan/idea rakyat terhadap Bajet 2018 boleh disalurkan melalui akaun facebook/twitter/instagram dengan menggunakan #ideabajet2018 atau emel kepada ideabajet2018@treasury.gov.my.

Siaran Langsung Bajet 2018 27 Oktober 2017
Siaran Langsung Bajet 2018 27 Oktober 2017

Pembentangan Bajet 2018 oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 27 Oktober 2017 (Jumaat)
Masa : 4.00 petang
Tempat : Parlimen Malaysia

Untuk makluman, selain dari stesen-stesen televisyen seperti RTM, ASTRO, TV ALHIJRAH dan BERNAMA membuat liputan siaran langsung, Pembentangan Bajet 2018 juga akan disiarkan secara langsung (webcasting) melalui Portal Bajet 2018. Siaran langsung ini boleh dilayari melalui Portal Perbendaharaan Malaysia di http://www.treasury.gov.my . Teks Ucapan Bajet 2018 dan Laporan Ekonomi 2017/2018 juga boleh dimuat turun dari Portal Perbendaharaan Malaysia sejurus selepas YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak selesai membentangkan Bajet 2018.
Selain dari itu Bajet 2018 juga boleh diakses melalui:
Siaran Langsung Bajet 2018 27 Oktober 2017

· Pautan – http://www.treasury.gov.my

TV1 = http://myklik.rtm.gov.my/live/10149

· Pautan menerusi laman web agensi-agensi di bawah Kementerian Kewangan seperti berikut:

o Kastam Di Raja Malaysia – http://www.customs.gov.my
o Bank Negara Malaysia – http://www.bnm.gov.my
o Suruhanjaya Sekuriti – http://www.sc.com.my
o Lembaga Hasil Dalam Negeri – http://www.hasil.gov.my

PERBENDAHARAAN MALAYSIA

Check Also

Biodata Tengku Abdullah Sultan Pahang Ke 6

Biodata Tengku Abdullah Sultan Pahang Ke 6

Biodata Tengku Abdullah Sultan Pahang Ke 6. Abdullah yang diputerakan pada 30 Julai 1959 di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *