Sijil Halal Secret Recipe Ditarik

Siapa tidak kenal dengan jenama atau kedai Secret Recipe iaitu tempat makan yang menyediakan jualan kek terutamanya. Tahukah anda telah viral di laman sosial dan media bahawa Sijil Halal Secret Recipe Ditarik balik berkuatkuasa 7 Mei 2015 yang lalu. Perkara ini telah disahkan oleh pihak JAKIM sendiri menerusi kenyataan di media-media.

Admin juga akan kongsikan kenyataan penuh JAKIM berkaitan dengan perkara ini. Sebelum itu admin ingin berkongsi kepada anda semua berita yang telah dilaporkan oleh Harian Metro berkaitan isu Sijil Halal Secret Recipe Ditarik balik. Jom sama-sama kita baca untuk mendapat kepastian apakah berita sebenar disebalik Sijil Halal Secret Recipe Ditarik balik.

Putrajaya: Sijil Halal Secret Recipe Manufacturing Sdn Bhd ditarik balik selepas didapati melanggar manual prosedur pensijilan halal yang membabitkan kesalahan kebersihan dan Amalan Pengilangan Baik (GMP).

Pengarah Hab Halal JAKIM, Hakimah Mohd Yusoff berkata, penarikan ini tidak disebabkan kesalahan penggunaan bahan haram dalam pemprosesan produk.

“Penarikan balik sijil halal itu sudah berkuatkuasa sejak 7 Mei lalu.

“JAKIM sudah memanggil syarikat berkenaan dan mereka sudah berjanji akan melakukan tindakan segera berhubung kesalahan itu sehingga mengakibat sijil pengesahan halal ditarik balik,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Hakimah berkata, bagaimanapun penarikan balik itu tidak menghalang syarikat untuk memohon semula sijil halal selepas pembetulan dibuat dan mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia.

 

Sijil Halal Secret Recipe Ditarik

 

Sijil Halal Secret Recipe Ditarik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *