Siling Hotel Hilton Singapura Runtuh

Ini berita dari negara jiran seberang tambak Malaysia. Dilaporkan sebahagian siling dibahagian pintu masuk Hotel Hilton Singapura telah runtuh dan kejadian berlaku kira-kira jam 3.00 petang semalam. Kejadian Siling Hotel Hilton Singapura Runtuh ini mengakibatkan dua orang telah cedera. Dua orang yang cedera adalah seorang penduduk awam dan seorang pekerja hotal yang terkena serpihan runtuhan.

Memetik dari laporan wartawan Channel NewsAsia dua kereta polis tiba dalam masa beberapa minit dan diikuti oleh Pasukan Pertahanan Sivil Singapura satu jam selepas kejadian berlaku. Menurut laporan wartawan tersebut lagi, terdapat dua buah kereta yang terperangkap dalam runtuhan siling dan salah sebuah kereta tersebut adalah bernombor pendaftaran Malaysia.

Siling Hotel Hilton Singapura Runtuh
Siling Hotel Hilton Singapura Runtuh

Setakat ini sahaja info yang admin boleh kongsikan kepada semua pembaca portal Paneh Miang. Gambar dipetik dari BH Online. Kejadian ini pastinya memberi tamparan kepada pihak Hotel Hilton Singapura. Kejadian ini tidak mengakibatkan kemalangan nyawa tetapi melibatkan kecederaan sahaja.

Berita ini dipetik dan diolah dari BH Online. Anda boleh merujuk artikel penuh di BH Online atau terus kepada Channel NewsAsia. Sekian, sahaja laporan berkaitan Siling Hotel Hilton Singapura Runtuh ini. Semoga tiada lagi kejadian ini berlaku tidak kira di mana sahaja. Terutama di hotel-hotel terkemuka. Ini boleh menyebabkan kredibliti hotel sedikit terjejas jika berlaku perkara seperti ini.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *