Home » Uncategorized » Sinopsis Rindu Awak 200%

Sinopsis Rindu Awak 200%

Sinopsis Rindu Awak 200%

Berikut adalah sinopsis bagi cerita yang akan ditayangkan di slot akasia TV3. Dijangkan cerita ini akan ditayangkan sekitar Julai 2014. Tahniah kepada Liyana kerana novel beliau digunakan untuk diadaptasikan menjadi drama tv.

Sinopsis: 

Zill Faezrul Iqbal – Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. Bersifat tenang tapi bermulut celopar sungguh menjengkelkan hati Armel Aisya. Tapi, dia tak boleh banyak bunyi. Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya.

Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya rumah tangga mereka tidak pernah aman! Penyudahnya Armel ke utara, Faezrul ke selatan. Namun, semakin Faezrul tidak peduli, semakin sakit hati Armel.

Misteri Faezrul yang kejap hilang kejap ada di rumah, menimbulkan tanda tanya di kepala Armel. Mustahil seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai juruteknik mampu memiliki kereta Range Rover Evoque!

Siapa lelaki ini? Mungkinkah dia suku sakat Jula Juli Bintang Tujuh?

Penulis: Liyana Zahim

Check Also

Cara Semak Tunggakan PTPTN Secara Online

Cara Semak Tunggakan PTPTN Secara Online

Berita baik untuk semua peminjam PTPTN atau nama penuh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. Anda …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *