Home » HIBURAN » Sinopsis Drama Dia Isteri Luar Biasa Akasia TV3

Sinopsis Drama Dia Isteri Luar Biasa Akasia TV3

Sinopsis Drama Dia Isteri Luar Biasa Akasia TV3
Sinopsis Drama Dia Isteri Luar Biasa Akasia TV3

Sinopsis Drama Dia Isteri Luar Biasa Akasia TV3

Anda peminat slot Akasia TV3? Bagaimana dengan episod pertama Dia Isteri Luar Biasa malam tadi. Pastinya seperti sebelum-sebelum ini episod pertama akan membawa persepsi sama ada cerita tersebut boleh dilayan sehingga episod akhir atau pun tidak. Jadi admin ingin berkongsiĀ Sinopsis Drama Dia Isteri Luar Biasa Akasia TV3 untuk tatapan anda.

Seperti biasa seperti sebelum-sebelum ini slot akasia TV3 menampilkan drama-drama yang diadaptasi dari novel popular tanah air. Begitu juga dengan Drama Dia Isteri Luar Biasa Akasia TV3 ini.

Pelakon-pelakon drama ini terdiri daripada :

Shukri Yahaya sebagai RadenAmzar
Nur Fathia Abdul Latiff sebagai Dewi Yusra
Keith Foo sebagai CikKem
Nonny Nadirah ebagai Eda
Uqasha Senrose sebagai Dr Akma
Ardell Aryana sebagai Nora
Elizad Sharifuddin sebagai Kaklong Zaharah
Ziela Jalil sebagai Umi Sakinah
Syatilla Melvin sebagai Razita
Raja Farah sebagai Dr Adibah
Afiq Muiz sebagai Dr Rizwan
Leez Rosli sebagai Fatiha
Alexx Yanz sebagai Shahriman
Lia Asmizza sebagai Aisyah
Azza Elite sebagai Adawiyah

Mengisahkan kehidupan Dewi Yusra (Fathia) yang mencari suami sementara hanya bertujuan untuk mendapatkan anak. Dewi tidak percaya terhadap lelaki, kebencian Dewi terhadap lelaki terjadi akibat peristiwa silam yang masih menghantui dirinya apabila, ibunya menjadi mangsa kekejaman bapanya sendiri. Bagi Dewi dia mampu hidup tanpa cinta dari seorang lelaki, tetapi apabila Dewi perlu menjaga anak sahabat baiknya, Eda (Nonny Nadhirah) yang bernama Nina, terdetik di hati Dewi untuk memiliki zuriat.

Kerana tidak mahu berkahwin, Dewi cuba untuk mendapatkan perkhidmatan kaedah IVF dan GTF dari klinik pakar perbidanan namun ditolak kerana menyalahi undang-undang dan juga agama. Lalu tercetus satu idea apabila Dewi meminta pertolongan daripada sahabat baiknya, Cik Kem atau Kamrul (Keith Foo) untuk mencari calon suami sementaranya. Kesemua calon suami yang diaturkan Cik Kem tidak menepati citarasa Dewi. Cik Kem, walaupun lembut turut menyimpan sedikit perasaan sayang kepada Dewi, tidak ketinggalan menawarkan diri untuk menjadi suami sementara Dewi tapi ditolak oleh Dewi.

Kehadiran Dr. Raden Amzar (Shukri Yahaya), seorang pensyarah dalam satu insiden yang tidak disengajakan di Heathrow, ketika penerbangan pulang dari London ke Kuala Lumpur mengikat Dr. Raden Amzar terus disisi Dewi. Tanpa Dewi sedari, Raden Amzar sebenarnya menyukai Dewi walaupun Dewi bukanlah wanita sempurna yang dicari tetapi dia yakin dia boleh membimbing Dewi. Dewi merancang sesuatu agar Raden Amzar dapat menjadi suami sementaranya. Apa yang dirancang berjalan lancar seperti yang dirancang. Dewi dan Raden Amzar ditangkap khalwat. Mereka bernikah secara rahsia tanpa pengetahuan keluarga Raden Amzar.

Mampukah Raden Amzar mengubah pendirian Dewi terhadap lelaki dan mewujudkan rasa cinta dengan perkahwinan ini? Bagaimana pula penerimaan keluarga Raden Amzar terhadap Dewi? Sinopsis dipetik dari InfoTaip.

Check Also

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua & Senarai Pelakon. Seperti yang semua yang meminati drama jam …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *