Home » HIBURAN » Sinopsis Drama Dia Isteri Luar Biasa

Sinopsis Drama Dia Isteri Luar Biasa

Dia Isteri Luar Biasa begitulah tajuk drama terbaru yang akan ke udara di slot Akasia TV3 bermula hari ini 18 Mei 2015. Cerita Dia Isteri Luar Biasa ini menggantikan cerita Hati Perempuan yang telah pun melabuhkan tirainya pada hari khamis yang lepas. Jadi untuk semua peminat slot Akasia TV3 jangan lupa untuk saksikan drama Dia Isteri Luar Biasa pada petang ini. Sebelum itu PANEH ingin berkongsi kepada anda Sinopsis Drama Dia Isteri Luar Biasa untuk anda dapat serba sedikit cerita ini berkisar tentang apa.

Drama ini yang beserta Sinopsis Drama Dia Isteri Luar Biasa akan bersiaran jam 6.55 petang. Drama ini akan dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Syukri Yahaya, Fathia Latiff, Keith Foo dan Siti Elizad. Pastinya ramai yang tertunggu-tunggu untuk menyaksikan drama terbaru ini bukan. Jadi jom kita lihat Sinopsis Drama Dia Isteri Luar Biasa ini dulu.

SINGLE is simple, double is trouble…

Itu moto hidup Dewi Yusra. Katanya, dia boleh hidup tanpa lelaki, lagi mudah dan tidak serabut otak. Lelaki menyusahkan, suka ambil kesempatan!

Perempuan tak kahwin pun boleh ada anaklah! Bukan spesies angkat-angkat ya, yang asli datang dari rahim Dewi Yusra. Kau gila ke Dewi, ingat nak buat anak tu semudah buat nasi ayam ke? Hesy… Mesti ada jalanlah…itu sedikit dari Sinopsis Drama Dia Isteri Luar Biasa ini.Dewi serius! Walau dengan apa cara pun, Dewi tetap ingin punya anak dari darah dagingnya. Anak yang akan mewarisi syarikat perniagaan Cik NAB a.k.a Nasi Ayam Bonda.“Aku akan kahwin! Syaratnya aku nak kahwin sampai mengandung aje ya, lepas tu aku chaw. No husband anymore. Sebelum aku sakit hati ditinggalkan, lebih baik aku blah dahulu” – DEWI YUSRA

Maka bermulalah usaha Dewi untuk mendapatkan ‘Suami Sementara­’ dari lelaki baik-baik, gen terhebat, genius dan stok sembahyang atas kapal terbang.“Saya Amzar… errr… Radin Amzar yang duduk sebelah you dalam flight dari Heathrow hari tu…” – RADEN AMZAR

Bagai nak tercabut jantung Dewi dengar. Lelaki edisi terhad tu hubungi dia? Macam tak percaya pun ada. Ingatkan lelaki itu akan terus hilang. Tuhan berikan Dewi peluang ke ni? Sinopsis Drama Dia Isteri Luar Biasa Berjayakah rancangan Dewi Yusra untuk memerangkap Dr. Radin Amzar, lelaki terpilih sebagai ‘Suami Sementara’nya untuk seorang zuriat? Bagaimana pula rancangan Kamarul yang terlalu menyintainya?

Temui jawapannya dalam DIA… Isteri Luar Biasa, kisah seorang gadis yang terpaksa bangkit dari peristiwa kelam hidupnya.

Begitulah Sinopsis Drama Dia Isteri Luar Biasa untuk rujukan anda. Dipetik dari blog jiwa rosak.

P/S : drama drama jugak solat maghrib jangan lupa

Admin PTG

 

Check Also

Biodata Profil Dira Abu Zahar Puteri UMNO

Biodata Profil Dira Abu Zahar Puteri UMNO

Biodata Profil Dira Abu Zahar Puteri UMNO. Nama pelakon Dira Abu Zahar tiba-tiba sahaja menjadi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *