Home » HIBURAN » Sinopsis Drama Red Velvet dan Senarai Pelakon

Sinopsis Drama Red Velvet dan Senarai Pelakon

Sinopsis Drama Red Velvet dan Senarai Pelakon yang terlibat dengan drama terbaru yang bersiaran bermula 23 Oktober 2017 di Astro. Dikategorikan sebagai mega drama pastinya peminat novel red velvet tertunggu-tunggu drama ini. Sebuah lagi karya yang diadaptasi daripada novel popular. Hero dan heroin drama Red Velvet akan diterajui oleh Alif Satar dan Neelofa.

Sinopsis Drama Red Velvet dan Senarai Pelakon
Sinopsis Drama Red Velvet dan Senarai Pelakon

Jom kita baca sedikit tentang Sinopsis Drama Red Velvet dan Senarai Pelakon di bawah ini.

Helena tidak mempedulikan tohmahan mahupun kata-kata nista orang sekeliling bila dia ingin berkahwin dengan Fareeq yang merupakan suami orang, isteri kepada Suhaila. Perhubungan mereka dapat dihidu oleh Dato Fauzan lalu mencadangkan Helena dihantar ke luar negara untuk menyambung pelajaran.

Dalam mengharungi kehidupannya yang huru-hara, Helena bertemu dengan Izzat yang sinis, ego, berlagak tak bertempat. Semua ini menambahkan kekusutan di kepala Helena. Baker bajet hot yang bekerja di bakeri cabuk itu sentiasa mencari pasal dengan Helena.

Ada sahaja yang tak kena di matanya. Dan keadaan semakin tegang apabila keadaan memaksa Helena bekerja dengan Izzat di bakeri yang sama.

Hinggalah, hati mereka bertaut dengan kasih. Namun, rahsia Helena terbongkar sewaktu mereka berdua asyik menyulam cinta.

PENGARAH : Hadith Omar
TERBITAN : Cube Films
PELAKON : Alif Satar, Neelofa, Hafidz Roshdi, Nina Nadira, Alif Hadi, Nadya Syahera, Hani Nazrina, Amira Othman, Qara Lyana

WATAK PELAKON
Alif Satar sebagai Izzat
Neelofa sebagai Helena
Hafidz Roshdi sebagai Fareeq
Amira Othman sebagai Suhaila

Jadi kepada pembaca novel Red Velvet sudah pastinya anda tidak sabar-sabar untuk layan cerita ini bermula dari episod 1 hingga ke episod akhir bukan. Jangan lupa temujanji anda setiap hari di depan kaca televisyen.

Check Also

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua & Senarai Pelakon. Seperti yang semua yang meminati drama jam …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *