Home » HIBURAN » Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua & Senarai Pelakon. Seperti yang semua yang meminati drama jam 6.00 petang di Astro semalam 11.12.2017 adalah episod terakhir bagi drama Dendam Aurora. Jadi drama yang akan menggantikan Dendam Aurora adalah Drama Syurga Yang Kedua. Drama Syurga Yang Kedua akan menemui penonton bermula 12.12.2017 jam 6.00 petang.

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua
Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Jadi hari ini admin ingin kongsikan kepada anda semua Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua & Senarai pelakon drama ini. Drama terbitan OrangeTree Production yang diadaptasi dari sinetron Indonesia ini diarahkan oleh Zamri Zakaria. Dibintangi Zarul Husin dan Fasha Sandha sebagai pelakon utama dan turut dibantu oleh Elizad Sharifuddin, Nur Qistina Raisah, Doria Rachel Jolly, Beego , Fazlina Ahmad Daud, Dian P Ramlee, Azizah Kazan, Afifah Nasir, dan Dato Jalaludin Hassan.

JUDUL : SYURGA YANG KEDUA
TARIKH / MASA : Sabtu, 7 Oktober 2017, 9.00 malam
SIARAN : Slot Tiara (Astro Prima & Maya HD)
PENGARAH : Zamri Zakaria
TERBITAN : OrangeTree Production Sdn Bhd
PELAKON : Zarul Husin, Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Nur Qistina Raisah, Doria Rachel Jolly, Beego , Fazlina Ahmad Daud, Dian P Ramlee, Aziza Kazan, Afifah Nasir, Dato Jalaludin Hassan, Fana Azizan

WATAK PELAKON
Fasha Sandha sebagai Vivy
Zarul Husin sebagai Daniel
Elizad Sharifuddin sebagai Sabrina

Seperti drama yang pernah disiarkan di Slot Tiara sebelum ini, Syurga Yang Kedua bersiaran sebanyak 70 episod dan kali ini mengangkat tema hidup berpoligami yang menjadi mimpi ngeri setiap wanita bergelar isteri.

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Setelah sekaian lama mendirikan rumah tangga, Daniel dan Sabrina masih belum dikurniakan cahaya mata. Ibu Daniel yang tidak senang akan hal ini mahu anaknya berkahwin lagi demi mendapatkan zuriat. Malah, beliau sudah mempunyai calon yang sesuai untuk Daniel iaitu Vivy, yang merupakan seorang doktor.Mendengar perbualan suami dan ibu mertuanya, Sabrina menjadi tertekan dan meninggalkan rumah. Menambah derita Sabrina, dia terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan. Melihat isterinya terlantar di hospital dan ditambah dengan desakan ibu, Daniel akhirnya akur menikahi Vivy. Vivy pula diselubungi rasa bersalah kerasa Sabrina ialah rakan baiknya sendiri.

OST/lagu tema: Dayang Nurfaizah – Takdir

Check Also

Benarkah Ada Video Lucah Syafiq Kyle

Benarkah Ada Video Lucah Syafiq Kyle

Benarkah Ada Video Lucah Syafiq Kyle? Inilah yang tular di media sosial sejak semalam terutama …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *