Home » HIBURAN » Sinopsis Filem Tombiruo dan Official Trailer

Sinopsis Filem Tombiruo dan Official Trailer

Sinopsis Filem Tombiruo dan Official Trailer yang dikatakan sebuah filem wajib tonton tahun 2017. Sebuah filem yang diadaptasi dari novel milik novelis hebat Ramlee Awang Murshid. Filem ‘Tombiruo: Penunggu Rimba’ merupakan filem yang berlatarbelakangkan negeri Di Bawah Bayu dan diarahkan oleh Nasir Jani bersama Seth Larney. Filem ini akan menemui penonton di pawagam seluruh negara pada 12 Oktober 2017.

Sinopsis Filem Tombiruo dan Official Trailer
Sinopsis Filem Tombiruo dan Official Trailer

TAJUK : TOMBIRUO:PENUNGGU RIMBA
Tarikh Tayangan : 12 Oktober 2017
Genre : Aksi / Drama
Pengarah : Nasir Jani, Seth Larney
Pelakon : Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, Hasnul Rahmat, Datuk M. Nasir, Faye Kusyairi, Datin Marlia Musa, Dynas Mokhtar, Michael Chan, R. Azmi Ismail
Terbitan : Astro Shaw, Ideate Media, Grup Buku Karangkraf, Layar Sunan

WATAK PELAKON
Zul Ariffin sebagai Ejim
Farid Kamil sebagai Amiruddin
Nabila Huda sebagai Wan Suraya
Faizal Hussein sebagai Pondolou
Datuk M. Nasir sebagai Tan Sri Berham
Hasnul Rahmat sebagai Juslan
Faye Kusyairi sebagai Salina

SINOPSIS TOMBIRUO: PENUNGGU RIMBA
Berkisarkan dendam seorang lelaki gagah yang tidak berwajah manusia di atas kematian ayahnya, Pondolou. Misinya mencari pembunuh Pondolou diganggu oleh Amiruddin yang kini memburunya di atas kematian isteri tercinta, Salina.

Sementara samseng yang diupah ingin memusnahkan Tombiruo kerana beranggapan Tombiruo menghalang misi peribadi mereka untuk mengaut keuntungan. Dalam kekacauan ini, wujud pula seorang wartawan wanita, Wan Suraya yang begitu nekad untuk mencari kebenaran di sebalik kejadian yang berlaku.

Firasat Wan Suraya kuat mengatakan Tombiruo dan Amiruddin adalah mangsa keadaan. Pengembaraan Tombiruo yang penuh bahaya dan tragis ini membawanya mengenali erti persaudaraan, kekeluargaan dan cinta sekaligus membuka hatinya menerima peranan sebagai Penunggu Rimba.

Jadi anda semua dah tengok official trailer filem ini. Bagaimana anda rasa? Adakah anda tidak sabar untuk ke panggung. Jika kita lihat sejarah filem dari Astro Shaw sememangnya filem-filem yang dihasilkan sememangnya mempunyai kualiti yang terbaik. Mari sama-sama kita sokong filem tempatan.

Tombiruo Official Trailer

Tombiruo Official Trailer

Dikirim oleh Info Berita Dalam & Luar Negeri pada 9 Oktober 2017

-SUMBER-

 

Check Also

Biodata Profil Dira Abu Zahar Puteri UMNO

Biodata Profil Dira Abu Zahar Puteri UMNO

Biodata Profil Dira Abu Zahar Puteri UMNO. Nama pelakon Dira Abu Zahar tiba-tiba sahaja menjadi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *