Home » BERITA » Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit)

Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit)

Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit)
Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit)

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak melancarkan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) dalam membantu golongan berpendapatan sederhana (M40) memiliki kediaman sendiri. Skim di bawah Majlis Perumahan Negara (MPN) itu terbuka kepada mereka yang berpendapatan isi rumah di pm lima primabawah RM9,000 untuk memiliki kediaman baru atau subsale.

“Pemberian sumbangan sebanyak 10% daripada harga jualan atau maksima RM30,000 yang mana lebih rendah kepada pembeli rumah pertama untuk membantu mereka membeli rumah yang berharga RM500,000 ke bawah. “Pemohon boleh membuat permohonan atas talian untuk skim ini mulai hari ini menerusi laman web Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan,” kata Najib dalam ucapan selepas Mesyuarat MKN siri 4 bilangan 1 bagi tahun 2016 di Parlimen pada Rabu.

Mesyuarat membincangkan mekanisme pelaksanaan beberapa inisiatif dalam pemilikan rumah seperti diumumkan di dalam pembentangan Bajet 2016 Oktober lalu. Menurut Najib, skim ini hanya terbuka kepada pembeli rumah pertama seperti yang diumumkan di dalam Pengubahsuaian Bajet 2016 melibatkan pembelian rumah berharga RM300,000.

Kerajaan juga katanya menetapkan beberapa insentif kepada pemaju bagi menggalakkan pemaju swasta membina lebih banyak rumah berharga RM300,000.“Bagi rumah berharga RM300,000 ke bawah nilai deposit kekal pada Rm200,000 dengan kadar semasa 3% daripada anggaran kos pembinaan. “Bagi pembangunan bercampur nilai deposit adalah bersandarkan baki pemajuan rumah-rumah yang berharga melebihi RM300,000,” katanya.

SUMBER

Check Also

Khasiat Buah Kurma Untuk Manusia

Khasiat Buah Kurma Untuk Manusia

Khasiat Buah Kurma Untuk Manusia. Di Malaysia sebut sahaja kurma sudah pasti semua umat Islam …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *