Skim Perumahan Belia BSN

Tahukah anda bahawa pihak kerajaan melalui Bank Simpanan Nasional ada mengeluarkan satu skim perumahan terbaru bagi kalangan belia. Ia dinamakan Skim Perumahan Belia BSN. Skim pembelian rumah pertama dari BSN ini adalah untuk membantu khusus kepada golongan belia yang sudah berkahwin untuk mendapatkan rumah pada kadar harga mampu milik. Jumlah pembiayaan rumah adalah minimum RM100,000 Sehingga RM500,000 dalam tempoh pinjaman selama 35 tahun. Berikut adalah syarat kelayakan dan cara permohonan Skim Perumahan Belia BSN 2015. Download Borang Skim Perumahan Belia BSN hanya di SINI.

skim perumahan belia BSN
skim perumahan belia BSN

Syarat Kelayakan Skim Perumahan Belia BSN 2015

  • Warganegara Malaysia
    Sudah berkahwin
    Umur 25 tahun hingga 40 Tahun
    Tidak pernah memiliki rumah
    Pendapatan isi rumah suami dan isteri tidak melebiih RM10,000

Kadar Jumlah Pembiayaan Skim Perumahan Belia BSN 2015

  • Jumlah Pembiayaan : RM 100,000 (Minimum) sehingga RM 500,000 (Maksimum)
    Margin Pembiayaan :
    i) Sehingga 100% daripada harga belian rumah
    ii) MRTA/ MRTT sehingga maksimum 5% daripada harga belian rumah.
    Tempoh Pembiayaan : Sehingga maksimum 35 tahun atau tidak melebihi 65 tahun pada tarikh tamat tempoh pembiayaan.
    Kadar faedah / Keuntungan : Sehingga maksimum BLR/ BFR – 2.4% **(Tertakluk terma & syarat)
    Konsep Pembiayaan : Islamik dan Konvensional
    Bayaran Bulanan: Bantuan bayaran ansuran bulanan sebanyak RM200 untuk 2 tahun pertama bermula daripada pengeluaran pembiayaan yang pertama.
    Pengecualian duti setem sebanyak 50 % ke atas dokumen pembiayaan.

Senarai Dokumen Diperlukan Skim Perumahan Belia BSN 2015

  • Borang permohonan Pembiayaan Kewangan BSN
    Perjanjian Jual dan Beli / Resit deposit / Proforma Pesanan Pembelian
    Salinan Kad Pengenalan
    Sijil Nikah yang sah

Pemohon Berpendapatan Tetap

  • Salinan slip gaji untuk 3 bulan terkini
    Salinan penyata bank untuk 3 bulan terkini
    Salinan penyata bank untuk 6 bulan terkini (jika ada pendapatan lain)
    Salinan penyata KWSP
    Surat pengesahan berkerja daripada majikan
    Borang EA/ EC

Pemohon Bekerja Sendiri

  • Borang B/BE dan Resit LHDN
    Surat pendaftaran syarikat (SSM)
    Salinan penyatan bank 6 bulan terkini
    Dokumen – dokumen lain (jika perlu)

Pemohon Bersama

  • Borang B/BE dan Resit LHDN
    Surat pendaftaran syarikat (SSM)
    Salinan penyatan bank 6 bulan terkini
    Dokumen – dokumen lain (jika perlu)

Tarikh Tutup Permohonan

31 Disember 2015

Maklumat lanjut layari http://www.mybsn.com.my

 

 

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *