Home » SUKAN » Skuad B23 Malaysia Di Sukan SEA Singapura 2015

Skuad B23 Malaysia Di Sukan SEA Singapura 2015

Skuad B23 Malaysia Di Sukan SEA Singapura 2015
Skuad B23 Malaysia Di Sukan SEA Singapura 2015

Tiada rezeki buat pasukan Harimau Muda di pentas Sukan SEA kali ini. Sukan SEA 2015 Singapura menyaksikan belum pun tamat aksi peringkat kumpulan tetapi skuad B23 negara bimbingan Datuk Ong Kim Swee terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada aksi separuh akhir.

Ini semua gara-gara kekalahan kepada dua pasukan hebat asia tenggara iaitu Vietnam dan Thailand. Aksi goyah ditunjukkan pasukan B23 negara semasa perlawanan pertama menentang Timor Leste. Skuad negara hanya mampu menewaskan Timor Leste dengan jaringan 1-0 tidak seperti yang diharapkan oleh penyokong iaitu pesta gol.
Paling memeranjatkan adalah kekalah besar 1-5 kepada Vietnam dalam aksi kedua kumpulan. Jika dilihat sepanjang aksi memang pasukan B23 negara tidak dapat menandingi kehebatan pasukan Vietnam terutama dalam mutu kawalan bola dan juga perancangan serangan. Ditambah pula dengan permainan laju lawan yang menyebabkan pasukan B23 gagal mengekang asakan Vietnam.
Semasa bertemu Thailand ada peningkatan dari segi permainan cuma tiada “luck” mungkin salah satu faktor kekalahan 0-1 kepada lawan. Beberapa peluang pasukan negara dinafikan penjaga gol lawan sehingga lah Thailand mendapat gol 10 minit terakhir.
Perlawanan menentang Brunei juga menyaksikan pasukan B23 perlu menunggu ke minit 70 untuk mendapat jaringan pertama. Kemenangan 2-0 menyaksikan tiada perubahan dalam kedudukan kumpulan.Pasukan negara hanya menunggu perlawanan terakhir untuk melengkapkan jadual. Nampaknya tahun 2015 pasukan B23 negara gagal menyerlah di Sukan SEA Singapura.

Check Also

Lim Teong Kim Dipecat

Lim Teong Kim Dipecat

Jurulatih skuad muda bawah 16 tahun negara Lim Teong Kim Dipecat oleh FAM. Perkara ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *