Home » INFORMASI » Syarat Dan Cara Mohon Bantuan Khas Aidilfitri Pekebun Getah 2016

Syarat Dan Cara Mohon Bantuan Khas Aidilfitri Pekebun Getah 2016

Syarat Dan Cara Mohon Bantuan Khas Aidilfitri Pekebun Getah 2016
Syarat Dan Cara Mohon Bantuan Khas Aidilfitri Pekebun Getah 2016

YAB Perdana Menteri telah pun mengumumkan bantuan khas kepada semua pekebun kecil getah menjelang Aidilfitri ini. Ini adalah kerana harga getah yang semakin jatuh menjunam. Dengan bantuan khas ini kerajaan ingin meringankan beban semua pekebun kecil getah. Untuk itu admin kongsikan kepada anda semua Syarat Dan Cara Mohon Bantuan Khas Aidilfitri Pekebun Getah 2016.

Pasti ramai yang tertanya-tanya tentang bantuan ini setelah diumumkan dalam berita di kaca televisyen. Untuk itu semua pekebun kecik yang terlibat perlu melihat dan membaca apakah Syarat Dan Cara Mohon Bantuan Khas Aidilfitri Pekebun Getah 2016 ini.

Beberapa perkara perlu diambil kira dan dibuat sebelum anda pergi ke pejabat RISDA yang berdekatan dengan anda. Semoga bermanfaat. Untuk maklumat lanjut hubungi pejabat RISDA berdekatan anda.

Syarat Permohonan adalah seperti berikut :-

A. Pemilik

  • Warganegara Malaysia Sahaja
  • Pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA
  • Memiliki tanah seluas 0.1011 hingga 2.5 hektar
  • Pemilik tanah yang sah
  • Satu lot satu penerima sahaja

B. Penoreh

  • Warganegara Malaysia Sahaja
  • Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA
  • Menoreh di tanah seluas 0.1011 hingga 2.5 hektar
  • Pengesahan oleh pemilik tanah yang sah
  • Mempunyai kad permit autoriti getah yang sah sehingga 30 Jun 2016

Dokumen yang perlu di bawa sebelum pergi ke pejabat RISDA

A. Kategori Pemilik

  • IC Pemohon dan Salinan IC
  • Geran Asal Tanah & Salinan
  • Salinan Buku Akaun Aktif

B. Kategori Penoreh

  • IC Pemohon & Salinan IC
  • Salinan IC Pemilik Tanah
  • Salinan geran lot yang ditoreh
  • Salinan buku akaun aktif
  • Kad PAT-G

Gambar milik sahabat FB : Cik Haniza 😉

Check Also

Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2018

Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2018

Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2018. Seperti yang semua ketahui bahawa selepas pilihanraya umum ke 14 …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *