Home » Tag Archives: BR1M

Tag Archives: BR1M

Cara Mohon BR1M 2018 Secara Online

Cara Mohon BR1M 2018 Secara Online. Permohonan untuk Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) telah pun dibuka secara rasminya semalam. Satu-satunya pautan yang betul untuk membuat permohonan BR1M 2018 telah pun diberitahu oleh pihak LHDN. Bukan apa banyak sumber yang meragui tentang BR1M 2018 ini anda boleh rujuk artikel ini untuk pengesahan.

Cara Mohon BR1M 2018 Secara Online
Cara Mohon BR1M 2018 Secara Online

Untuk membuat permohonan BR1M 2018 anda hanya perlu klik pautan ini : Bantuan Rakyat 1 Malaysia ( BR1M 2018)

Untuk mereka yang pernah memohon anda tidak perlu untuk mengisi borang permohonan baru tetapi cukup sekadar anda kemaskini data yang berubah seperti pertukaran nombor telefon, nombor akaun bank, alamat dan sebagainya. Anda boleh berbuat demikian di pautan ini : MYBR1M

Untuk mendapatkan borang sila download di : SINI

Sebelum kita lihat satu persatu bagaimana Cara Mohon BR1M 2018 Secara Online ini. Kita lihat dahulu 5 perkara yang perlu anda ambil tahu sebagai pemohon BR1M 2018.

1. Makluman
2. Notis Amaran
3. Khairat Kematian
4. Syarat Kelayakan
5. Hubungi kami

MAKLUMAN PENTING
Semua maklumat yang dilaporkan dalam permohonan BR1M menjadi hak milik Kerajaan dan boleh digunakan untuk tujuan rasmi Kerajaan.

MAKLUMAN TERKINI
Tarikh akhir penunaian Baucar BR1M 2017 telah dilanjutkan sehingga 28 Disember 2017.
Permohonan Baharu / Kemas Kini BR1M 2018 secara dalam talian dan penghantaran permohonan melalui borang manual adalah bermula pada 27 November 2017 sehingga 31 Disember 2017. Sila klik Jadual Pembukaan Kaunter BR1M 2018 di semua Cawangan LHDNM.

MOF / LHDNM telah menerima aduan mengenai kewujudan LAMAN SESAWANG / FACEBOOK / TWITTER PALSU berkaitan BR1M di media sosial. Sila klik Submit bagi senarai berkenaan. Oleh itu dinasihatkan untuk tidak mengakses atau memberikan sebarang maklumat peribadi di laman sesawang berkenaan. LHDNM tidak menyediakan perkhidmatan pengemaskinian BR1M secara panggilan dan ingin membuat PENAFIAN bahawa talian berkenaan adalah bukan milik LHDNM: Sila klik Submit senarai berkenaan.
LHDNM menafikan ada membuat panggilan keluar menggunakan talian bebas tol 1-800-88-2716 atau 03-83138987. Panggilan semula (jika perlu) hanya dibuat kepada individu yang ada membuat panggilan di talian bebas tol BR1M. Di mana individu berkenaan akan dimaklumkan terlebih dahulu semasa aduan / semakan diterima.

Kerajaan TIDAK mengenakan sebarang bayaran bagi penerimaan permohonan BR1M / Rayuan BR1M.
LHDNM TIDAK menyediakan sebarang perkhidmatan berbayar bagi pengisian borang permohonan BR1M / Rayuan BR1M.
Sekretariat BR1M MoF dan LHDNM tidak pernah mengeluarkan / mengedarkan maklumat BR1M melalui mana-mana media sosial seperti aplikasi whatsapp. Maklumat yang sahih BR1M 2018 hanyalah melalui phamplet yang telah dikeluarkan dan diedarkan terus kepada semua penerima BR1M.

SKIM KHAIRAT KEMATIAN BR1M 2018
Skim Khairat Kematian sebanyak RM1,000 hanya layak diberi kepada waris yang didaftarkan di Bahagian Maklumat Waris penerima BR1M kategori Isi Rumah dan Warga Emas yang meninggal dunia di dalam tempoh 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2018.

Waris perlu membawa dokumen berikut:
Sijil Kematian asal atau salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara(JPN)
Kad Pengenalan Asal Waris
Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan waris

SYARAT KELAYAKAN
Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah via Cara Mohon BR1M 2018 Secara Online
Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

Kemukakan Salinan:
MyKad / MyPR / MyKAS / MyKid / Sijil Lahir / Pasport dan Visa bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
Pengesahan penamatan / pembubaran perniagaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mulai 1 Oktober 2017 bagi pemohon dan pasangan yang mempunyai pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
Penerima Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) bagi sesi 2017 / 2018 TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2018.

HUBUNGI KAMI

Hotline BR1M MOF :
03-8882 4565 / 03-8882 4566

Hotline BR1M LHDNM :
1-800-88-2716

Waktu Operasi :
9.00 a.m hingga 5.00 p.m

eMel : br1m@treasury.gov.my

Faksimili BR1M MOF :
03-8882 3933

Sekretariat BR1M :
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
(MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya

Cara Mohon BR1M 2018 Secara Online secara terperinci dan bergambar. Mudah dan senang untuk anda semua buat sendiri. Ikuti 5 step seperti yang terdapat dalam gambar di bawah ini.

Cara Mohon BR1M 2018 Secara Online
Cara Mohon BR1M 2018 Secara Online
Cara Mohon BR1M 2018 Secara Online
Cara Mohon BR1M 2018 Secara Online
Cara Mohon BR1M 2018 Secara Online
Cara Mohon BR1M 2018 Secara Online

 

Cara Mohon BR1M 2018 Secara Online
Cara Mohon BR1M 2018 Secara Online
Cara Mohon BR1M 2018 Secara Online
Cara Mohon BR1M 2018 Secara Online

Informasi Lengkap Berkaitan Rumah PR1MA

Informasi Lengkap Berkaitan Rumah PR1MA bermula daripada pengenalan, kelayakan untuk memohon rumah PR1MA, cara untuk memohon rumah PR1MA dan projek-projek PR1MA yang sedang dijalankan serta pelbagai maklumat lengkap berkaitan Perumahan Rakyat 1 Malaysia atau PR1MA ini. Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana.

Informasi Lengkap Berkaitan Rumah PR1MA
Informasi Lengkap Berkaitan Rumah PR1MA

Kediaman PR1MA yang terletak di dalam kawasan berkomuniti mempunyai pelbagai jenis dan saiz. Dengan harga antara RM100,000 hingga RM400,000, anda kini mampu memiliki kediaman di lokasi-lokasi yang strategik di seluruh negara. Kediaman PR1MA ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 hingga RM15,000.

Kelayakan untuk memohon rumah PR1MA :
1. Warganegara Malaysia
2. Bujang atau berkahwin 21 tahun ke atas
3. Pendapatan isi rumah individu/suami isteri RM2,500.00 – RM15,000.00
4. Kediaman PR1MA hanya boleh dibeli sebagai kediaman pertama/kedua sahaja

Untuk mendapatkan atau memohon rumah PR1MA ini anda yang berminat perlu tahu langkah-langkah yang berkaitan. Ada lapan (8) langkah kesemuanya.
1. Pendaftaran
2. Pelancaran
3. Permohonan
4. Pengundian
5. Pemilihan Unit
6. Pembiayaan
7. Perjanjian jual beli
8. Penyerahan pemilikan kosong

Maklumat lengkap berkaitan 8 langkah ini anda boleh dapatkan di pautan INI

Untuk mengetahui secara terperinci berkaitan dengan CARA MOHON RUMAH PR1MA anda boleh terus ke pautan INI. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua pembaca. Jangan lupa untuk kongsikan kepada semua rakan-rakan atau ahli keluarga yang lain kerana ramai yang terlepas untuk memiliki unit rumah PR1MA ini kerana ketinggalan berkaitan Informasi Lengkap Berkaitan Rumah PR1MA. Ini berlaku terutamanya kepada golongan muda.

 

Pendaftaran BR1M 2016

Perhatian kepada semua rakyat Malaysia. Kepada semua penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebelum ini tarikh pendaftaran BR1M 2016 telah pun dibuka. Pada tarikh ini juga semua pemohon BR1M sedia ada boleh mengemaskini permohonan lama mereka. Perkara-perkara yang perlu diambil kira adalah seperti nombor akaun penerima BR1M dan alamat terkini penerima BR1M.

BR1M 2016
BR1M 2016

BR1M 2016 adalah seperti berikut Bujang yang berumur 21 dan ke atas, berpendapatan tidak melebihi 2 ribu akan menerima RM400, Isi Rumah tangga yang berpendapatan kurang dari RM3,000 akan mendapat RM1000 dan Isi Rumah tangga yang berpendapatan kurang dari RM3,000 – RM4,000 dibayar RM650.

BR1M adalah salah satu langkah kerajaan untuk membantu meringankan beban rakyat yang berpendapatan rendah terutama dalam keadaan tekanan kos hidup yang semakin meningkat. Walaupun agak kecil jumlahnya tetapi ia sedikit sebanyak dapat membantu rakyat yang memerlukan.

Jadi kepada semua rakyat Malaysia jika anda berkelayakan jangan tunggu lagi. Teruslah memohon BR1M 2016 anda sekarang. Jika anda tidak tahu bagaimana cara untuk memohon serta kelayakan lengkap permohonan kami akan berkongsi kepada anda pautannya. Jadi untuk maklumat lanjut berkaitan BR1M 2016 anda hanya perlu klik pautan di bawah ini.

Cara Memohon BR1M 2016

 

Cara Kemaskini BR1M Online

Hari ini PANEH akan berkongsi dengan anda info berkaitan dengan Bantuan Rakyat 1 Malaysia BR1M 2016 dan Cara Kemaskini BR1M Online 2016. Seperti yang semua ketahui YAB Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bahawa BR1M 2016 akan dinaikkan lagi nilainya. Pendaftaran BR1M 2016 masih belum dibuka.Pengumuman rasmi tarikh pendaftaran BR1M 2016 akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF).Pembukaan kaunter dan pendaftaran secara dalam talian akan dibuka oleh LHDNM setelah pengumuman rasmi oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF).

Jadual di bawah merupakan bayaran BR1M 2016 mengikut kumpulan :

1. Bujang yang berumur 21 dan ke atas, berpendapatan tidak melebihi 2 ribu – RM400
2. Rumah tangga yang berpendapatan kurang dari RM3,000 – RM1000
3. Rumah tangga yang berpendapatan kurang dari RM3,000 – RM4,000 dibayar RM650

Jadi untuk rujukan admin kongsikan kepada anda Cara Kemaskini BR1M Online untuk rujukan. Apabila sistem permohonan online dan sistem kemaskini online anda boleh terus untuk mengemaskini data anda. Untuk mendaftar, memohon & mengemaskini BR1M 2016 anda hanya perlu terus ke pautan yang disediakan ini : BR1M 2016

PERMOHONAN2015

Cara Mohon BR1M 2016

Cara Mohon BR1M 2016 1

Cara Mohon BR1M 2016 2

Cara Mohon BR1M 2016 4

Cara Mohon BR1M 2016 5