Home » Tag Archives: Dato’ Farid Kamil Positif Ganja Serang Polis

Tag Archives: Dato’ Farid Kamil Positif Ganja Serang Polis

Dato’ Farid Kamil Positif Ganja Serang Polis

Dato’ Farid Kamil Positif Ganja Serang Polis inilah berita yang tular di media-media sosial petang semalam. Seperti yang kita semua ketahui bahawa pada tahun lepas pengarah dan juga pelakon Farid Kamil telah dianugerahkan darjah kebesaran negeri Pahang yang membawa gelaran Dato’.¬†Farid Kamil ditahan selepas mengamuk dan menyerang seorang anggota polis, selain dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara.

Dato' Farid Kamil Positif Ganja Serang Polis
Dato’ Farid Kamil Positif Ganja Serang Polis

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, Farid hadir ke balai polis tersebut bersama seorang rakan untuk membuat laporan berhubung kes kemalangan jalan raya. Beliau bagaimanapun, tiba-tiba bertukar berang dan menunjukkan mesej aplikasi Whatsapp berbunyi ‘300 artis hutang ah long’. Farid kini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana perlakuan yang menyebabkan kecederaan.

Sementara itu, Mohd Zani turut mengesahkan pelakon itu positif dadah jenis ganja selepas menjalani saringan air kencing yang dijalankan selepas dia ditahan. Pelakon filem Tombiruo: Penunggu Rimba itu akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada pagi Jumaat bagi mendapatkan perintah reman untuk siasatan lanjut. –MSTAR