Home » Tag Archives: Gambar Daiyan Trisha

Tag Archives: Gambar Daiyan Trisha

Biodata Profil Daiyan Trisha Heroin Filem Busker

Biodata Profil Daiyan Trisha Heroin Filem Busker. Daiyan Trisha (lahir 22 Disember 1993) merupakan seorang pelakon dan penyanyi wanita Malaysia.Beliau mula dikenali ramai menerusi telefilem pertama lakonannya yang bertajuk Dee. Daiyan Trisha lahir dan membesar di Bangi, Selangor. Anak kedua daripada lima beradik dalam keluarganya, beliau gemar membaca dan bersenam di waktu lapang. Daiyan merupakan pemegang Diploma Perakaunan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan ijazah sarjana muda dalam bidang perniagaan di Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL).

Biodata Profil Daiyan Trisha Heroin Filem Busker
Biodata Profil Daiyan Trisha Heroin Filem Busker

Daiyan mula bergiat aktif dalam dunia hiburan tanah air pada 2013. Beliau pertama kali mendapat perhatian umum menerusi telefilem bertajuk Dee untuk siaran di Astro Ceria. Telefilem ini turut mencetuskan siri TVnya dengan judul sama yang disiarkan pada 2015. Kerjaya filem Daiyan bermula pada 2015 menerusi filem Girlfriend Kontrak arahan pengarah kelahiran Australia, Virginia Kennedy lakonan Nur Risteena dan Keith Foo. Sebagai penyanyi, Daiyan telah merakamkan beberapa lagu dan single termasuk “Kerana Kau”, “Cinta Suka Sayang Kamu” dan “Kita Manusia”.

Pada November 2017, Daiyan membawakan peranan pembantu dalam drama My Coffee Prince arahan Michael Ang, lakonan Fattah Amin dan Janna Nick, adaptasi dari drama popular Korea Selatan 2007, The 1st Shop of Coffee Prince. Filem terbaru beliau, Buskers yang menggandingkan beliau bersama Hafeez Mikhail akan ditayangkan pada 11 Januari 2018, yang mana Daiyan memegang watak sebagai Vera.

Nama : Daiyan Trisha binti Nasaruddin
D.O.B : 22 Disember 1993
Asal : Bangi, Selangor, Malaysia
Pendidikan : Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Pekerjaan : Penyanyi, pelakon, model

Gambar Comel Daiyan Trisha Bertudung

 

Gambar Comel Daiyan Trisha Bertudung
Gambar Comel Daiyan Trisha Bertudung

Gambar Comel Daiyan Trisha Bertudung. Anda kenal dengan Daiyan Trisha? Ini ada Gambar Comel Daiyan Trisha Bertudung  Kalau nak kenal jom baca Biodata Daiyan Trisha.

Sesiapa yang selalu tengok You Tube pasti akan tahu siapa Daiyan Trisha ini. Beliau juga adalah seorang artis remaja yang selalu muncul dalam rancangan terbitan Astro.

Daiyan juga turut membintangi sebuah drama yang bertajuk DEE sebelum ini. Sesiapa yang layan Astro Ceria pasti anda pernah tengok cerita ini kan.

Jom kita tengok Gambar Comel Daiyan Trisha Bertudung yang dipetik dari FB beliau sendiri.Comel tak comel tak?