Home » Tag Archives: Gambar Virgil van Dijk

Tag Archives: Gambar Virgil van Dijk

Liverpool Beli Pertahanan Southampton Virgil van Dijk

Liverpool Beli Pertahanan Southampton Virgil van Dijk dengan rekod perpindahan yang termahal di dunia ketika ini. Pemain Southampton tersebut, Virgil van Dijk dijual pada harga dilaporkan sebanyak 75 juta pound sterling (RM409.596 juta) dalam perjanjian pembelian yang menyaksikan dia sebagai pertahanan paling mahal di dunia setakat ini.  “Kelab Bolasepak Liverpool mengesahkan ia sudah mencapai persetujuan dengan Southampton untuk perpindahan Virgil van Dijk,” kata satu kenyataan menerusi laman sesawang kelab berkenaan.

Liverpool Beli Pertahanan Southampton Virgil van Dijk
Liverpool Beli Pertahanan Southampton Virgil van Dijk

Rekod perpindahan dunia bagi pemain pertahanan sebelum ini adalah sebanyak 54 juta pound sterling (RM294.909 juta) membabitkan pembelian bek kiri England, Kyle Walker oleh Manchester City pada penutup musim. Untuk yang kurang mengenali siapakah Virgil van Dijk ini jom kita baca serba sedikit profil Virgil van Dijk ini.

Nama Penuh : Virgil van Dijk
Tarikh Lahir : 08 Jul 1991
Tinggi : 6ft 4in (1.93m)
Tempat lahir : Breda
Warganegara : Belanda

Seperti musim-musim lalu pasukan Liverpool sememangnya sering membeli pemain-pemain Southampton. Sehinggakan ada peminat-peminat Liga Perdana Inggeris di Malaysia yang menggelarkan pasukan Southampton sebagai Liverpool 2. Untuk mengikuti perkembangan sukan dalam dan luar negara anda boleh terus ke SINI dan SINI