Home » Tag Archives: Kebaikan Jogging

Tag Archives: Kebaikan Jogging

Kebaikan Jogging Untuk Tubuh Badan Manusia

Kebaikan Jogging Untuk Tubuh Badan Manusia yang perlu kita semua ketahui. Melalui pembacaan admin di sebuah blog antara kebaikan jogging kepada manusia ada 11 kesemuanya. Mungkin lebih daripada itu tetapi kita lihat satu persatu yang 11 Kebaikan Jogging Untuk Tubuh Badan Manusia ini dahulu ya.

Kebaikan Jogging Untuk Tubuh Badan Manusia
Kebaikan Jogging Untuk Tubuh Badan Manusia

1. Jantung
Jogging merupakan salah satu cara yang efektif untuk menggalakkan otot jantung anda “bekerja”. Dengan jogging secara kerap, aliran darah di dalam badan akan menjadi lebih bagus dan secara tidak langsung merendahkan risiko serangan jantung, darah tinggi dan angin ahmar atau strok.

2. Berat Badan
Bagi yang nak jaga badan tu, jogging adalah satu cara yang sangat bagus. Secara puratanya, jika anda jogging selama 1 jam, sebanyak 1000 kalori akan dibakar. Dalam bahasa mudahnya, untuk kurus kalori perlu dibakar. Untuk membakar kalori lebih banyak perlu jogging lebih lama atau lebih pantas.

3. Osteoporosis
Jika anda jogging secara tetap, anda sebenarnya sedang memberi bebanan otot dan tulang secara positif. Dalam masa yang sama, tulang akan dirangsang untuk menjadi lebih kuat dan tidak mudah dimamah usia.

4. Mental
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, jogging mampu meningkatkan mood dan membina keyakinan diri yang positif. Selain itu jogging juga mampu untuk mengurangkan simptom kemurungan.

5. Tidur
Jogging juga mampu membantu anda untuk tidur dengan lebih lena pada waktu malam. Bagus untuk pengidap imsonia..

6. Tekanan
Jogging meningkatkan keupayaan anda untuk menangani tekanan dengan lebih teratur.

7. Rasa Bahagia
Jogging mampu merangsang otak untuk merembeskan hormon endorfin. Hormon ni diberi nama jolokan hormon kebahagiaan. Di kalangan pelari, simptom bahagia ini dipanggil sebagai “Runner’s High”.

8. Kerungsingan
Secara umumnya, mereka yang kerap jogging mempunyai tahap kerungsingan yang lebih rendah berbanding mereka yang jarang atau tidak jogging. Satu kajian menunjukkan jogging yang kerap mengurangkan aktiviti reseptor serotonin yang berfungsi mengawal mood.

9. Imunisasi
Jika anda seorang yang kerap jogging, anda akan mendapati anda jarang sakit seperti selsema, alahan, keletihan melampau, senggugut, sakit belakang dan sistem pencernaan. Ini menunjukkan sistem imunisasi anda adalah kuat.

10. Otak
Semasa jogging, darah yang kaya dengan oksigen akan mengalir di dalam otak. Ini menyebabkan otak mendapat bekalan oksigen dan nutrien lain yang mencukupi. Secara tidak langsung, anda akan menjadi lebih produktif.

11. Kulit
Jogging akan merangsang pengaliran darah di dalam badan. Oleh itu pembekalan nutrien dan pembuangan sisa toksik akan menjadi lebih efisyen dan secara tidak langsung menjadikan kulit menjadi lebih mulus.

Jadi kepada semua yang selalu berjogging itu sila teruskan rutin anda. Bagi yang dah nampak segala kebaikan jogging ini anda dah boleh bawa keluar semua kasut-kasut jogging dalam kotak itu ya. Mari kita mulakan semula gaya hidup sihat. -SUMBER-