Home » Tag Archives: Nabila Razali

Tag Archives: Nabila Razali

Biodata Profil Nabila Razali Cumi Cumi Cumi

Biodata Profil Nabila Razali Cumi Cumi Cumi yang baru-baru ini dikaitkan dengan kes putus cinta dengan seorang pelakon Aedy Ashraf. Tetapi semua itulah hanya ‘drama’ untuk video klip dan lagu terbaru daripada Nabila Razali, Pematah Hati. Nabila Razali sebelum ini popular melalui single beliau yang bertajuk Katakan Saja dan Cemburu.

Biodata Profil Nabila Razali Cumi Cumi Cumi
Biodata Profil Nabila Razali Cumi Cumi Cumi

Jadi untuk korang semua yang tertanya-tanya siapakah sebenarnya Nabila Razali ini, anda kena baca perkongsian berkaitan dengan Biodata Profil Nabila Razali Cumi Cumi Cumi ini. Jom kenali siapakah gadis ini sebenarnya.

Nama Penuh : Nur Nabila binti Mohd Razali
Tarikh lahir : 13 November 1992
Asal : Selangor , Malaysia
Kediaman : Kuala Lumpur
Warganegara : Malaysia
Nama lain : Nabila AF , Nabila AF13
Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Senibina (Kejuruteraan)
Pusat pendidikan : Universiti Sains Malaysia (USM)
Sekolah Menengah : St. Mary Kuala Lumpur
Pekerjaan : penyanyi, pelakon
Tahun aktif : 2013–kini
Sejarah : Akademi Fantasia Musim 10 (AF2013)
Syarikat rakaman : Seventeen Eleven Music

Nabila memulakan karier sebagai seorang penyanyi melalui rancangan Akademi Fantasia Musim 10 atau AF2013, sebaris dengan penyanyi seperti Faizul, Azhael dan Indah Ruhaila. Lagu single pertama beliau iaitu Katakan Saja mendapat sambutan yang mengalakkan dari pendengar Malaysia. Namun, Nabila mula memperlahankan aktiviti seni beliau kerana masih menuntut di sebuah universiti awam tempatan. Selepas menamatkan pengajian, beliau kembali menumpukan ke bidang seni semula apabila mengeluarkan single Cemburu yang juga mendapat sambutan hangat dari peminat pada tahun 2016.

Nabila juga baru menjinakkan diri dalam bidang lakonan melalui dua telefilem iaitu Bibikku Nak Kahwin pada tahun 2013 dan Ustaz Baru Nak Start (2016), tahun 2017 menyaksikan Nabila mengembangkan sayapnya melalui drama rantaian Hikayat Cinta Si Pematah Hati. Menggalas watak utama Wafen Wardiah, lakonannya mendapat reaksi pelbagai.Pada tahun ini, Nabila telah mengeluarkan single terbaru berjudul Pematah Hati.

Kisah dengan Aedy Ashraf hanya gimik.

Tidak mahu berselindung lagi, Nabila Razali hari ini tampil menjelaskan kisah cinta tularnya dengan pelakon, Aedy Ashraf hanyalah gimik semata-mata. Jelas Nabila, kisah cinta itu sengaja dicipta sempena pembikinan video muzik baharunya, Pematah Hati yang dilancarkan hari ini.

Katanya lagi, dia tidak menyangka gimik tersebut akan tular tetapi mengambil itu sebagai sesuatu yang positif khususnya untuk peminat memahami jalan cerita muzik video itu. “Itu semua sebahagian daripada proses pembikinan muzik video ini. Saya tak menyangka akan tular jadi kita teruskan sahaja ‘drama’ tersebut. Lagipun, peminat lebih faham video muzik ini.

“Kepada peminat jangan kecewa. Aedy sangat profesional dan saya sangat senang bekerja dengan dia. Saya anggap itu semua satu publisiti yang baik untuk kerjaya saya,” katanya semasa mahlis pelancaran video muzik Pematah Hati di sini hari ini.