Home » Tag Archives: Negeri Sembilan

Tag Archives: Negeri Sembilan

Negeri Sembilan PKNP FC ke Liga Super 2018

Negeri Sembilan PKNP FC ke Liga Super 2018. Ibarat untung sabut timbul untung batu tenggelam itulah yang boleh dikatakan kepada dua pasukan liga perdana 2017 iaitu Negeri Sembilan dan PKNP FC apabila mendapat perkhabaran gembira. Kedua-dua pasukan ini telah diumumkan secara rasmi akan beraksi di Liga Super 2018 walaupun pada asalnya kedua-kedua pasukan ini tidak layak. Maknanya kedua-dua pasukan ini untung sabut lah kan.

Negeri Sembilan PKNP FC ke Liga Super 2018
Negeri Sembilan PKNP FC ke Liga Super 2018

Kekosongan yang ditinggalkan FELDA United dan T-Team menyaksikan dua pasukan itu mengisi dua slot terbabit sekali gus melengkapkan 12 pasukan Liga Super untuk musim 2018. Perkembangan itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam yang menjelaskan, dua pasukan terbabit adalah pasukan paling layak untuk mengisi dua kekosongan terbabit selepas FELDA United disingkirkan dari Liga Super, manakala T-Team memilih untuk beraksi di Liga Perdana.

“Kita sudah menghantar surat kepada dua pasukan ini dan menunggu maklum balas secara rasmi mengenai perkara ini. Bagaimanapun, kami sudah menerima maklum balas tidak rasmi mereka bersedia untuk ke Liga Super. “Jadi, saya melihat dua pasukan ini memiliki tempoh yang mencukupi untuk membuat persiapan bagi mengharungi saingan Liga Super musim hadapan,” katanya pada sidang media di pejabat FMLLP, hari ini.

Dalam masa sama, Kevin turut menegaskan perlawanan playoff’ bukanlah jalan terbaik untuk menentukan dua pasukan yang akan mengisi slot ke Liga Super itu. “Kita tidak boleh mengadakan playoff’ membabitkan dua pasukan tercorot Liga Super iaitu Sarawak dan Pulau Pinang untuk menentang PKNP FC dan Negeri Sembilan, kerana Sarawak tidak memiliki lesen Liga Super.

“Malah, Sarawak dan Pulau Pinang juga tidak berjaya memenuhi merit sukan, mereka gagal mendapatkan mata yang mencukupi untuk terlepas daripada penyingkiran. “Untuk itu, selepas kami mengambil kira merit sukan dan pelesenan kelab, kami memutuskan untuk memberi peluang kepada PKNP FC serta Negeri Sembilan itu beraksi di Liga Super,” katanya.

Berdasarkan rekod, Negeri Sembilan kembali mewarnai kancah utama bola sepak negara selepas tersingkir ke divisyen dua itu pada 2014, manakala PKNP FC bakal menyertai Liga Super buat kali pertama pada musim hadapan.-Metro-

Nota kaki : Punca tiada play off juga diterangkan di situ. jadi baca dan hadam

Negeri Sembilan Kekal Di Liga Perdana Musim 2018

Ini berita yang tidak mahu didengar sebenarnya oleh semua penyokong setia pasukan Hobin Jang Hobin. Berita di mana Negeri Sembilan Kekal Di Liga Perdana Musim 2018. Jika dilihat dalam group facebook Penyokong Setia Negeri Sembilan rata-rata semua penyokong kecewa dengan prestasi pasukan Negeri Sembilan pada musim 2017 ini. Ini kerana jika dilihat pada persembahan pasukan Negeri Sembilan pada pusingan pertama liga memang pasukan ini sebenarnya berpotensi besar untuk layak ke Liga Super 2018. Tetapi serba tidak kena pada pusingan kedua prestasi yang tidak menentu dengan kehilangan mata pada perlawanan penting menyebabkan Negeri Sembilan tidak dapat bersaing lagi untuk mendapatkan satu slot untuk ke Liga Super.

Negeri Sembilan Kekal Di Liga Perdana Musim 2018
Negeri Sembilan Kekal Di Liga Perdana Musim 2018 – Foto oleh BH Online

Dengan hashtag #ba5ah kini digunakan oleh penyokong Negeri Sembilan untuk pasukan dan PBNS sebagai tanda protes dan tidak puas hati. Mereka semua menuntut janji pengurusan pada awal musim. Janji dimana tahun ini targetnya adalah layak ke Liga Super 2018. Tetapi nasi sudah pun menjadi bubur Negeri Sembilan Kekal Di Liga Perdana Musim 2018.

Untuk ulasan perlawanan Negeri Sembilan menentang UiTM FC malam tadi mari kita sama-sama ikuti laporan dari BH untuk bacaan anda semua. Negeri Sembilan berjaya mempertahankan rekod cemerlangnya di gelanggang sendiri apabila menewaskan UiTM FC 1-0, dalam aksi Liga Perdana, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, sebentar tadi. Bagaimanapun, kemenangan yang dilakar itu tidak dapat membantu merealisasikan impian mereka untuk layak ke Liga Super musim depan, apabila dua pasukan pendahulu carta, Kuala Lumpur dan Terengganu, turut melakar kemenangan ke atas lawan masing-masing dan layak beraksi di liga elit negara itu.

Perlawanan malam tadi menyaksikan jumlah penyokong tuan rumah paling sedikit iaitu 770 orang, seolah-olah menunjukkan rasa protes di atas kegagalan pasukan kesayangan itu merealisasikan sasaran layak ke Liga Super. Sebaik perlawanan dimulakan, skuad Hobin Jang Hobin dilihat pantas mengatur gerak dan mendapatkan gol pertama pada minit keenam 6 menerusi Lee Andrew Tuck yang mudah menolak bola hantaran silang sebelah kiri bagi menewaskan penjaga gol UiTM FC, Muhammad Hanif Saied.

Jaringan itu nyata menyuntik semangat buat anak buah Mohd Asri Ninggal untuk memburu lebih banyak gol, namun jentera serangan yang diterajui Bruno Suzuki dan Jonathan Behe tidak begitu menjadi apabila beberapa peluang di depan pintu gol lawan, gagal dimanfaatkan. Malah dalam keghairahan melakukan asakan ke kubu lawan, pintu gol tuan rumah nyaris bolos pada minit ke-23, melalui serangan balas skuad bimbingan Wan Mustafa Wan Ismail tetapi sepakan deras Akanni Sunday Wasiu dari dalam kotak penalti dihalang pemain pertahanan walaupun penjaga gol Negeri Sembilan, Mohd Kaharuddin Abd Rahman sudah tertewas.

Pada minit ke-39, Behe mensesiakan peluang apabila gagal menanduk kemas hantaran silang Shahrul Igwan Samsudin untuk kedudukan 1-0 itu kekal di hujung separuh masa pertama. Pelawat dilihat tampil lebih agresif sebaik bersambung babak kedua, malah berjaya mencipta banyak peluang, namun setiap percubaan ke arah pintu gol kerap tersasar. Usaha Negeri Sembilan yang bekerja keras mencari gol tambahan, juga terus gagal dan akur dengan nasib bersaing di Liga Perdana musim depan, walau apa keputusan dalam perlawanan terakhir bertemu Sabah di gelanggang lawan, 20 Oktober depan.

 

Jadual Penuh Perlawanan Liga Premier & Piala FA Negeri Sembilan 2014

Memetik dari laman FB Ultras Nogori 9 berikut adalah jadual penuh perlawanan Liga Premier dan Piala FA bagi pasukan Negeri Sembilan sepanjang tahun 2014.

Jika dilihat ada tarikh ruangan kosong untuk piala FA itu adalah kerana FA Cup di mainkan secara kalah mati dan jika Negeri Sembilan menang dan menang itu lah tarikh perlawanan nya.

nuffnang_bid = “916a2e237c14137532c88b76c8203b65”;

Jadi untuk semua fan Negeri Sembilan sila masukan dalam diari anda untuk turun ke Paroi. Den kalau balik kampung kompom turun. 

Hobin Jang Hobin

PROMOSI KRAF MANTAI & BAZAR RAMADHAN@KRAF

Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan akan mengadakan Promosi Kraf Mantai pada 8 – 9 Julai 2013 dan Bazar Ramadhan@Kraf pada 10 Julai – 7 Ogos 2013 bermula 9.00 pagi hingga 6.00 petang dan 10.00 pagi hingga 12.00 malam, bertempat di Perkarangan Kompleks Kraf Negeri Sembilan. Diantara aktiviti yang diatur sempena mantai Ramadhan adalah jualan kraf, jualan daging lembu, daging kerbau, daging salai, lemang serta kuih muih tradisional manakala Bazar Ramadhan@Kraf pula menyajikan aktiviti jualan produk kraf, juadah berbuka puasa, pakaian hari raya, aksesori lelaki dan wanita serta hiasan rumah.


Semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi Promosi Kraf Mantai & Bazar Ramadhan@Kraf 2013
“BUDI BAHASA BUDAYA KITA”