Home » Tag Archives: Nelo Vingada Letak Jawatan Coach Malaysia

Tag Archives: Nelo Vingada Letak Jawatan Coach Malaysia

Nelo Vingada Letak Jawatan Coach Malaysia

Nelo Vingada Letak Jawatan Coach Malaysia. Nampak gayanya jodoh ketua jurulatih skuad Harimau Malaya tidak panjang. Baru sahaja sebentar tadi telah keluar berita bahawa jurulatih Malaysia itu telah meletak jawatan. Sememangnya beberapa perlawanan yang melibatkan skuad Harimau Malaya di bawah kendalian Nelo Vingada tidak memperoleh sebarang kejayaan.

Nelo Vingada Letak Jawatan Coach Malaysia
Nelo Vingada Letak Jawatan Coach Malaysia

Berikut berita yang dilaporkan oleh Utusan Online. Jom kita sama-sama hadam berita tersebut.  Kegagalan mencatat sebarang kemenangan dalam tujuh perlawanan sejak membimbing Harimau Malaya, Mei lalu mendorong Nelo Vingada meletak jawatan sebagai Ketua Jurulatih Malaysia berkuat kuasa serta merta. Digelar ‘The Professor’, Vingada, 64, mengumumkan pengundurannya hari ini selepas mengadakan perbincangan dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Selepas mengadakan perbincangan dengan Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysi, saya dengan ini bertanggungjawab di atas prestasi pasukan kebangsaan. “Atas rasa tanggungjawab dengan apa yang telah berlaku, saya dengan ini mengumumkan untuk melepaskan jawatan sebagai ketua jurulatih kebangsaan berkuat kuasa serta merta dan Tunku Presiden sendiri turut menerima keputusan yang saya buat ini.

“Saya ingin memaklumkan juga bahawa dua pembantu yang saya bawa bersama ke sini iaitu Joao Arnaldo Correia De Carvalho dan Francisco Jose Bruto Da Costa turut bersama melepaskan jawatan mereka, masing-masing selaku penolong jurulatih dan jurulatih kecergasan skuad kebangsaan. “Akhir kata pada kesempatan ini, saya berharap dan berdoa agar bola sepak Malaysia kembali bersinar selepas ini dan saya berbangga kerana dapat menjadi sebahagian warga bola sepak Malaysia biarpun dalam tempoh masa yang agak singkat,” kata Vingada dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh FAM dalam Facebook rasminya, hari ini.

Desakan agar Vingada dipecat sudah kedengaran sejak bulan lalu apabila Malaysia gagal melayakkan diri ke Piala Asia 2019 selepas dibelasah 4-1 oleh Korea Utara dalam dua aksi kelayakan di Buriram, Thailand. Jurulatih kelahiran Portugal itu hanya mencatat dua keputusan seri dan lima kekalahan sejak mengambil alih Harimau Malaya pada 15 Jun lalu, antara rekod terburuk buat seorang jurulatih bola sepak kebangsaan.