Home » Tag Archives: Petua Hilangkan Ketiak Berbau Cara Semulajadi

Tag Archives: Petua Hilangkan Ketiak Berbau Cara Semulajadi

Petua Hilangkan Ketiak Berbau Cara Semulajadi

Petua Hilangkan Ketiak Berbau Cara Semulajadi untuk diamalkan oleh sesiapa sahaja yang mengalami masalah ketiak berbau. Sepertimana yang kita ketahui masalah ketiak berbau ini memang terjadi kepada segelintir masyarakat. Ada berbagai faktor yang menyebabkan terjadinya masalah ketiak berbau ini. Zaman sekarang kita menggunakan deodoran untuk mengatasi masalah ketiak berbau ini. Tetapi ada juga yang telah memakai deodoran tetapi ketiak mereka masih berbau.

Petua Hilangkan Ketiak Berbau Cara Semulajadi
Petua Hilangkan Ketiak Berbau Cara Semulajadi

Jadi hari ini dalam segmen TIPS & Petua admin kongsikan kepada anda semua Petua Hilangkan Ketiak Berbau Cara Semulajadi. Anda boleh cuba petua-petua ini. Manalah tahu ianya sesuai dan serasi dengan anda. Bak kata orang-orang tua dulu-dulu kita ikhtiar apa sekalipun untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang berlaku.

1. Cuka epal
Salah satu petua hilangkan bau ketiak adalah menggunakan cuka epal atau ‘apple cider’.
Cara: Tuang cuka dalam mangkuk. Celup bebola kapas dalam cuka dan sapu pada ketiak. Atau bilas ketiak dengan cuka sewaktu mandi.
Ia akan berbau masam pada awalnya. Tapi, ia amat berkesan menyahkan bau badan.
cara hilangkan gatal

2. Soda bikarbonat
Soda bikarbonat mempunyai banyak kegunaan selain untuk membuat kuih atau kek.
Cara: Campur satu sudu jus lemon ke dalam satu sudu soda bikarbonat. Sapukan pes pada ketiak dan biarkan seketika kemudian bilas dengan air.
Jika tiada jus lemon, boleh gantikan dengan tepung jagung. Paling mudah, campurkan sedikit air pada soda bikarbonat dan sapu selepas mandi.
petua hilangkan bau ketiak

3. Hydrogen Peroxide
Selain farmasi, bahan ini biasanya boleh dijumpai dalam peti kecemasan atau ‘first aid kit’.
Cara: Campur satu sudu hydrogen peroxide dalam satu cawan air dan gaul hingga sebati.
Celup kain atau tuala bersih pada ketiak. Jika tidak sempat, boleh sahaja sapukan terus pada ketiak.
hilangkan ketiak hitam

4. Lemon
Selain menghilangkan bau busuk, lemon juga membantu mencerahkan kulit yang kehitaman di ketiak.
Cara: Hiris lemon dan sapu perlahan-lahan pada ketiak.
Boleh juga guna perahan jus lemon pada ketiak atau basahkan tuala dengan jus lemon dan sapu pada ketiak selepas mandi.
petua hilangkan bau ketiak

5. Air Mawar
Air mawar boleh dibeli siap dari kedai kecantikan atau dibuat sendiri di rumah.
Cara: Sapu ‘rose water’ pada ketiak dan biarkan ia kering sendiri.
petua hilangkan bau ketiak

6. Batu Kristal
Batu kristal ini adalah alternatif bagi mereka yang tidak sukakan bahan kimia atau bau-bauan daripada deodoran. Ada yang dijual dalam bentuk ketulan seperti sabun, dan ada juga dalam bentuk seperti deodoran.
Cara: Pemakaiannya sama seperti deodoran.

7. Bedak bayi
Bedak talkum biasa atau bedak bayi amat sesuai untuk mengatasi bau badan.
Cara: Apabila rasa lekit pada ketiak, terus letak bedak pada ketiak. Ia akan mengurangkan peluh yang keluar.

8. Serbuk Sandalwood
Herba ini boleh didapati di kedai rempah, pasaraya, atau ada yang dipek secara komersial di kedai kecantikan.
Cara: Jadikan pes dengan mencampurkan air sedikit demi sedikit pada serbuk sandalwood. Sapukan pes pada ketiak dan biarkan sehingga kering, baru dibilas dengan bersih.

9. Tawas
Tawas adalah sejenis hablur dalam bentuk batuan atau ada yang telah dijadikan serbuk.
Cara: Lalukan air pada tawas dan sapu pada ketiak. Pastikan guna bahagian yang tumpul.

10. Sengkuang
Cara: Kisar halus hingga keluar jus dan sapu pada ketiak. Ia menghilangkan bau sehingga 10 jam lamanya.

SUMBER