Home » Tag Archives: Sabah

Tag Archives: Sabah

Destinasi Percutian Menarik Di Malaysia : Via Ferrata Gunung Kinabalu

Selepas Pulau Pangkor pihak Editor Berita Viral Terkini memilih Gunung Kinabalu yang terdapat di Negeri Bawah Bayu Sabah untuk dijadikan sebagai salah satu  Destinasi Percutian Menarik Di Malaysia. Salah satu percutian yang agak luar biasa sedikit dari percutian biasa kerana ia memerlukan kita untuk mendaki gunung. Jadi jom kita baca apa yang kami kongsikan dalam artikel  Destinasi Percutian Menarik Di Malaysia : Via Ferrata Gunung Kinabalu ini.

Via ferrata (atau laluan besi dalam bahasa Itali) merupakan jalan gunung yang merangkumi beberapa siri anak tangga, rel dan kabel yang melekap pada permukaan batu. Terdapat lebih daripada 300 laluan via ferrata di dunia dan via ferrata tertinggi di dunia kini boleh ditemui di Gunung Kinabalu di Malaysia, di mana poin tertinggi bermula pada ketinggian 3,400 meter dan berakhir pada ketinggian 3,800 meter. Ini kali pertama sukan mendaki gunung menggunakan via ferrata diperkenalkan di Asia.

Destinasi Percutian Menarik Di Malaysia : Via Ferrata Gunung Kinabalu
Destinasi Percutian Menarik Di Malaysia : Via Ferrata Gunung Kinabalu

Destinasi Percutian Menarik Di Malaysia : Via Ferrata Gunung Kinabalu
Aktiviti untuk semua, via ferrata dibina untuk membantu mereka yang ada sedikit atau tiada pengalaman langsung untuk sampai ke permukaan batu yang biasanya dicapai oleh pendaki berpengalaman. Ada beberapa keperluan yang perlu dipenuhi sebelum menjalani aktiviti via ferrata, termasuk tahap kesihatan sederhana, mampu untuk mendaki setinggii 3,200 meter dalam masa 6 jam, berumur sekurang-kurangnya 10 tahun, berketinggian sekurang-kurangnya 1.3 meter; dan paling penting tidak takut pada ketinggian (atau sanggup untuk mengatasi rasa gayat).

Aktiviti ini pengalaman mencabar dan bagi mereka yang berminat untuk merasai sendiri via ferrata di Gunung Kinabalu, anda perlu tahu bahawa laluan untuk mereka yang baru mencuba adalah merasai pengalaman pertama mendaki dinding granit Gunung Kinabalu (pendakian kira-kira 2–3 jam).

Laluan pertengahan mengambil masa 4 – 5 jam perjalanan dan sebagai ganjaran para pendaki akan dapat menikmati keindahan pemandangan yang cantik.

Panduan Perjalanan

Menaiki Kapal Terbang
Terdapat banyak penerbangan antarabangsa dan domestik untuk ke Kota Kinabalu.

Tempat Pelancongan Menarik Di Sabah

Walaupun kita dikejutkan dengan berita sedih apabila negeri Sabah dilanda bencana gempa bumi tetapi kita harus tahu bahawa negeri Sabah memang terkenal dengan tempat-tempat percutian atau pelancongan yang begitu menarik sekali.Mari kita sama-sama berdoa supaya semua rakyat Sabah diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan besar ini. Tempat Pelancongan Menarik Di SabahWalaupun kita semua sedih dengan apa yang berlaku di Sabah tetapi anda jangan lupa untuk berkongsi beberapa Tempat Pelancongan Menarik Di Sabah untuk rujukan semua. Semestinya Tempat Pelancongan Menarik Di Sabah ini bukan sahaja menjadi tarikan kepada rakyat Malaysia malah pelancong dari luar negara.

Mengikut dari pengalaman sahabat admin berikut adalah Tempat Pelancongan Menarik Di Sabah yang beliau kongsikan bersama admin. Admin sendiri belum pernah sampai ke sana. Jadi jom sama-sama kita terjah Tempat Pelancongan Menarik Di Sabah.

Tempat Pelancongan Menarik Di Sabah adalah seperti berikut :-

1. Gunung Kinabalu
2. Kundasang
3. Sabah Tea Plantation
4. Pusat Ikan Kelah Jinak “Tagal” Sabah
5. Pulau Sipadan
6. Pulau Mabul
7. Tanjung Aru Beach
8. Tunku Abdul Rahman Marine Park

Ini dia beberapa yang sahabat admin bagi tahu pada admin berkenaan Tempat Pelancongan Menarik Di Sabah. Mungkin ada banyak lagi yang tertinggal. Jika anda ingin berkongsi tempat sila kongsi di ruangan komen. Jangan lupa untuk doakan sahabat-sahabat kita di Sabah supaya kuat untuk hadapai dugaan gempa bumi sebelum ini. #prayforsabah

Video Ribuan Ikan Naik Ke Pantai di Lahad Datu, Sabah

Seperti yang aku pernah update sebelum ini telah berlaku kejadian ikan naik ke tepi pantai pada 24 Disember 2013 yang lepas di satu tempat di kawasan Lahad Datu.
Jadi atas kerjasama dari abg You Tube aku kongsikan saat saat kejadian tersebut dirakam
tak pasti siapa punya rakaman apa-apa pun mari kita sama sama lihat
Geram pun ada tengok ikan tu melompat-lompat

Kejadian Ganjil Ikan Kecil Naik Ke Persisir Pantai Di Lahad Datu, Sabah

Sekadar Perkongsian!
Subhanallah! Ikan Kecil-kecil menyelamatkan diri ke pesisir pantai Tambisan, Lahad Datu, Sabah.
Kejadian ini berlaku di tepi pantai Tambisan pada pagi 24/12/2013 .. 
Difahamkan kejadian ini bukanlah pertama kali berlaku dan pernah sudah beberapa kali berlaku akibat apabila musim ikan besar mendarat di perairan Tambisan makan ikan yang kecil-kecil seperti dalam video ini akan ke tepian pantai untuk menyelamatkan diri daripada mangsa buruan ikan-ikan besar.

nuffnang_bid = “916a2e237c14137532c88b76c8203b65”;

Nota Kaki : Bagi kita yang jarang melihat kejadian pelik seperti ini pastinya akan timbul perasaan gusar dan takut dan sering mengaitkan dengan kemungkinan perkara negatif. Usah kita berperasangka .. Sesungguhnya Allah maha berkuasa … 
Yakinilah bahawa semuanya berada dalam pengetahuan dan perhitungan Allah s.w.t. Hati kita hendaklah dipenuhi keyakinan.
Video ada di you tube aku x dapat nk kongsi sebab update guna phone.Sumber dari whatapps aku.

2 Maut Pesawat MAS Wings Terhempas di Kudat, Sabah

Penerbangan Malaysian mengesahkan, dua orang meninggal dunia dalam nahas pesawat MASwing yang tersasar dari landasannya di Kudat iaitu pembantu juruterbang dan seorang penumpang.

Selain daripada seorang lelaki tempatan berusia 69 tahun, Star Online melaporkan bahawa pembantu juruterbang berusia 23 tahun, Marc Joel Barsih, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu akibat kecederaan di kepala dan badan. Beliau merupakan anak kepada seorang juruterbang helikopter yang berkhidmat dengan Sabah Air.

Pesawat MASwing Twin Otter itu terkeluar dari landasan dan merempuh sebuah rumah di perkarangan lapangan terbang Kudat jam 2.54 petang ini.

Bernama pula melaporkan,  Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendy Ramin berkata pesawat yang dinaiki 16 orang itu terhempas mengakibatkan enam penumpang cedera.

nuffnang_bid = “916a2e237c14137532c88b76c8203b65”;

10 orang lagi diberikan rawatan pesakit luar di Hospital Kudat selepas pesawat itu menjunam di Kampung Sinsan pada 2.54 petang.
 
“Panggilan kecemasan diterima pada pukul 2.54 petang dan jentera bomba bersama 11 anggota tiba di tempat kejadian 21 minit kemudian.
 
“Kesemua 16 mangsa dalam pesawat tersebut berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Kudat untuk pemeriksaan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Punca kejadian sedang dalam siasatan. Sementara itu, MAS mengesahkan hanya enam sahaja yang cedera daripada 16 penumpang kapal terbang iaitu 15 warganegara Malaysia dan seorang warga Filipina.

Kesemua penumpang sudah dikeluarkan dan mereka yang cedera sedang menerima rawatan yang perlu.

“Fokus kami sekarang adalah penumpang yang terlibat, anak kapal serta pihak-pihak yang berkaitan,” kata jurucakap MAS dalam kenyataannya.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi MASwing, Ahmad Jauhari Yahya dalam perjalanan ke Kudat untuk menyelia situasi di sana.

Keluarga penumpang yang terlibat boleh menghubungi nombor telefon  +603- 78841234 untuk mendapatkan maklumat lanjut. – 10 Oktober, 2013.

SUMBER BERITA