Home » BERITA » Tambang ERL Naik RM55

Tambang ERL Naik RM55

Pastinya berita ini tidak mahu didengar oleh pengguna perkhidmatan ERL. Berita Tambang ERL Naik RM55 daripada RM35 untuk perjalanan sehala bermula 1 januari 2016. Ini menunjukkan kadar kenaikan tambang ERL 2016 adalah RM20 berbanding harga tambang pada tahun 2015. Setelah kenaikan harga tambang perkhidmatan komuter, LRT dan Monorel sebelum ini kenaikan tambang ERL ini juga pasti membawa impak yang besar kepada pengguna perkhidmatan ini.

Tambang ERL Naik RM55
Tambang ERL Naik RM55

KLIA Ekspres atau ERL adalah perkhidmatan keretapi ekspress yang membawa penumpang dari lapangan terbang tanpa henti iaitu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA/ KLIA2) ke bandaraya (KL Sentral) dalam masa 28 minit. Kekerapan perjalanan adalah setiap 15 minit pada waktu puncak. Sememangnya ia menjadi pilihan ramai selain dari menggunakan perkhidmatan bas atau teksi.

Menurut kenyataan ERL juga ada menyatakan yang kenaikan tambang adalah semakan pertama harga tiket ERL sejak ia mula beroperasi hampir 14 tahun yang lalu. Harga tambang terkini pada RM55 telah diluluskan kerajaan melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berdasarkan Seksyen 120 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, adalah harga diskaun selepas ERL diberi kuasa untuk menyemak semula tambang kepada RM64 berdasarkan syarat-syarat perjanjian konsesi.

Menerusi pemerhatian admin boleh dikatakan semua netizen menyatakan tidak bersetuju dengan kenaikan ini. Ini membebankan pengguna perkhidmatan tersebut. Rata-rata pengguna media sosial berkongsi berita tentang ini selain dari memberi komen-komen sinis kepada pihak terbabit.

Check Also

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan berita ini sememangnya mengundang kemarahan terutama …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *