Home » BERITA » Tanah Runtuh Highway Karak 2015

Tanah Runtuh Highway Karak 2015

Pastinya kejadian yang berlaku di Lebuh raya Karak – Kuala Lumpur petang semalam akan menjadi salah satu sejarah negara. Kejadian Tanah Runtuh Highway Karak 2015 tersebut telah berlaku pada Kilometer 52.5 lebuhraya tersebut. Seperti perkongsian dari mangsa yang terperangkap berhampiran tempat kejadian keadaan sungguh mencemaskan. Jadi mari kita sama-sama baca apa perkongsian beberapa saksi yang tinggal berhampiran kawasan kejadian.

Tanah Runtuh Highway Karak 2015
Tanah Runtuh Highway Karak 2015

BENTONG – Penghuni di Kuarters Jabatan Perhutanan Negeri‎ Pahang digemparkan dengan bunyi dentuman kuat berpunca daripada beberapa bongkah batu besar yang jatuh dari atas bukit berikutan kejadian tanah runtuh di Km52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, semalam.

Seorang penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Salehin, 37, berkata,‎ ketika kejadian hujan lebat diikuti guruh dan petir mendorongnya mengambilkeputusan untuk berada di rumah walaupun pada mulanya ingin keluar ke kedai berhampiran.”Tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman kuat beberapa kali menyebabkan saya terus keluar rumah untuk mengetahui perkara sebenar yang berlaku.

“Saya nampak jiran bertempiaran lari dan menyelamatkan diri melihat batu bongkah besar jatuh dan menghempap sebahagian kuarters, ” katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.Beliau berkata ketika kejadian itu kesemua penduduk sempat menyelamatkan diri dan meninggalkan rumah masing-masing.

Sementara itu, Suhaimi Ahmad, 55, berkata, ketika kejadian isterinya sedang menyediakan makan malam dan secara tiba-tiba selut lumpur menerpa masuk ke rumahnya dari bahagian dapur.”Isteri saya terkejut kerana lumpur tiba-tiba masuk rumah kami..Namun isteri saya sempat berpaut pada pintu kerana air bercampur lumpur menderu dengan pantas.

“Saya segera menyelamatkan isteri dan anak-anak saya keluar meninggalkan rumah,” katanya.Menurut Suhaimi sebelum kejadian itu berlaku dia terdengar bunyi dentuman yang kuat seakan petir.”Saya sangkakan bunyi petir rupanya sangkaan saya meleset apabila melihat beberapa bongkah batu besar jatuh dari atas bukit,” katanya.Jelas bapa kepada dua orang cahaya mata itu, menyifatkan kejadian ini merupakan kali pertama berlaku sejak beliau mendiami kawasan kuarters berkenaan kira-kira 17 tahun yang lalu.

Kejadian tanah runtuh berhampiran Lentang-Bukit Tinggi pada jam 6.30 petang semalam menyebabkan sebahagian lebuh raya dari kedua-dua arah tidak boleh dilalui, namun tidak kehilangan nyawa dilaporkan.Hanya tiga buah kenderaan persendirian dan sebuah lori angkut terkandas di kawasan itu.Kejadian itu turut menjejaskan 25 penghuni kuarters yang terpaksa dipindahkan buat sementara waktu ke Masjid Lentang apabila kediaman mereka dilimpahi banjir lumpur. – Bernama

Check Also

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan berita ini sememangnya mengundang kemarahan terutama …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *