Home » BERITA » Tarif Elektrik Turun 1 Mac 2015

Tarif Elektrik Turun 1 Mac 2015

Tarif Elektrik Turun 1 Mac 2015
Tarif Elektrik Turun 1 Mac 2015

Tarif Elektrik Turun 1 Mac 2015. Berita yang pati menggembirakan rakyat Malaysia. Sebelum ini berita penurunan harga minyak petrol sekarang berita Tarif Elektrik Turun 1 Mac 2015. Untuk berita penuh anda rujuk artikel yang admin ambil dari sumber BH Online. Gambar juga dipetik dari Bh Online.

PUTRAJAYA: Mesyuarat Kabinet hari ini memutuskan untuk menurunkan tarif elektrik dengan kadar Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) sebanyak 2.25 sen/kWj bagi pengguna di Semenanjung Malaysia, berkuat kuasa 1 Mac hingga 30 Jun 2015.

Perkara itu diumumkan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili di sini, sebentar tadi.

Selain itu, purata kadar tarif elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan diturunkan sebanyak 1.20 sen/kWj, berkuat kuasa bagi tempoh sama, penurunan sebanyak 3.5 peratus daripada purata kadar tarif semasa.

Maximus berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira penurunan kos bahan api global.

“Ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 32 peratus pengguna domestik yang menggunakan elektrik melebihi 300 kWj sebulan dan semua pengguna dalam kategori lain seperti komersial dan industri,” katanya.

Check Also

6 Anggota Bomba Lemas Ketika Menyelamat

6 Anggota Bomba Lemas Ketika Menyelamat

6 Anggota Bomba Lemas Ketika Menyelamat inilah berita yang menggemparkan seluruh rakyat Malaysia hari ini.¬†Faktor …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *