Home » BERITA » Tarikh Bayaran BR1M 28 Januari 2016

Tarikh Bayaran BR1M 28 Januari 2016

Tarikh Bayaran BR1M 28 Januari 2016
Tarikh Bayaran BR1M 28 Januari 2016

Berita baik untuk semua pemohon BR1M 2016. Kepada semua pemohon yang permohonan mereka berjaya dan diluluskan Tarikh Bayaran BR1M 28 Januari 2016. Tarikh bayaran 28 Januari 2016 ini adalah tarikh bayaran pertama bagi BR1M 2016 yang akan dibayar secara berperingkat kepada pemohon-pemohon BR1M 2016 yang berjaya.

Semakan untuk mengetahui keputusan permohonan BR1M 2016 boleh dibuat pada minggu ketiga sebelum tarikh pembayaran pertama dibuat. Jika anda sudah memohon dan berjaya usah khuatir pasti wang BR1M 2016 akan dimasukan ke dalam akaun anda. Cuma bagi yang tidak berjaya pasti ada sebab mengapa dan anda berpeluang untuk membuat rayuan apabila permohonan rayuan dibuka nanti.

Seperti yang umum ketahui permohonan baru dan kemaskini BR1M 2016 telah pun ditutup pada 31 Disember 2015 yang lepas. Kita lihat semula apakah syarat kelayakan untuk memohon BR1M 2016.

SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  • Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
  • Penerima e-Kasih perlu membuat permohonan BR1M 2016.

Kemukakan Salinan:

  • MyKad bagi pemohon
  • MyKad / MyPR / MyKid / Sijil Lahir / Pasport bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
  • Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa  Tunggal / Balu / Janda / Duda

Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia. Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2016.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web rasmi BR1M 2016 ini.

Sumber berita berkaitan dipetik dari Treasury

Check Also

Gaji Minimum Sektor Swasta RM1050

Gaji Minimum Sektor Swasta RM1050

Gaji Minimum Sektor Swasta RM1050 bermula Januari 2019. Berita inilah yang menjadi perbualan hangat di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *