Home » INFORMASI » Tawaran Biasiswa Study di Jepun

Tawaran Biasiswa Study di Jepun

Tawaran Biasiswa Study di Jepun
Tawaran Biasiswa Study di Jepun

Berita baik untuk semua yang ingin melanjutkan pelajaran ke negara matahari terbit iaitu Jepun. Ada Tawaran Biasiswa Study di Jepun untuk anda semua mohon. Jadi admin petik laporan dari Astro Awani untuk anda semua untuk maklumat lanjut berkaitan Tawaran Biasiswa Study di Jepun ini. Anda baca semua maklumat tersebut di bawah ini. Semua telah dinyatakan dengan lengkap.

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran dalam Pengajian Jepun dan Latihan Perguruan di Jepun dipelawa memohon Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun (Monbukagakusho: MEXT) yang kini dibuka sehingga 5 Februari.

Kedutaan Jepun dalam satu kenyataan berkata semasa tempoh biasiswa, elaun bulanan anggaran sebanyak 117,000 Yen (RM4,400) akan diberi kepada setiap penerima biasiswa Pengajian Jepun dan 143,000 Yen (RM5,400) kepada penerima biasiswa Latihan Perguruan.

Yuran untuk peperiksaan kemasukan universiti, matrikulasi dan tuisyen di universiti adalah dikecualikan, dan tiket kapal terbang pergi dan balik juga disediakan, menurut kenyataan itu.

Bagi Pengajian Jepun (kursus non-degree setahun bermula Oktober 2016), antara syarat-syarat yang perlu diikuti untuk memohon biasiswa itu adalah pemohon mestilah siswazah tahun 2 atau 3 (bukan pelajar tahun akhir) yang major dalam Bahasa atau Kebudayaan Jepun di mana-mana universiti selain universiti di Jepun.

“Permohonan mesti sampai di kedutaan Jepun di Malaysia sebelum pukul 4 petang pada 5 Feb. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-21772600 (ext 157/146) atau layari http://www.my.emb-japan.go.jp/English/JIS/education/scholarship/scholarship.htm

“Bagi Latihan Perguruan (kursus non-degree satu setengah tahun bermula Oktober 2016), pemohon mestilah siswazah universiti atau maktab perguruan yang telah bekerja sebagai guru di sekolah rendah atau menengah atau staf akademik di maktab perguruan dengan sekurang-kurangnya lima tahun pengalaman bekerja,” menurut kenyataan itu.

Permohonan pula harus dibuat kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari http://www.jpa.gov.my atau hubungi Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan di 03-8885-3546 atau ldp@jpa.gov.my.

Kedutaan Jepun akan menghubungi pemohon yang memenuhi syarat sahaja (melalui emel dan surat) untuk menghadiri temuduga yang dijangka berlangsung pada akhir Februari atau awal Mac depan, tambah kenyataan itu.

Check Also

Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2018

Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2018

Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2018. Seperti yang semua ketahui bahawa selepas pilihanraya umum ke 14 …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *