Home » Uncategorized » Tentera Maut Kejadian Tembak Di Lahad Datu

Tentera Maut Kejadian Tembak Di Lahad Datu

 Ihsan Metro

Tentera Maut Kejadian Tembak Di Lahad Datu

Terkejut bila dengar berita ini. Ingatkan ada pencerobohan dari kerajaan Sulu lagi macam yang berlaku dulu.Rupa-rupanya ada sedikit pertelingkahan antara 2 orang tentera.

Untuk berita penuh kita rujuk artikel dari HM ini.

Lahad Datu: Seorang anggota tentera maut manakala tiga parah selepas seorang anggota komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melepaskan beberapa das tembakan di bandar ini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 4.45 pagi itu, tiga yang parah adalah seorang anggota komando ATM dan dua orang awam.

Dua orang awam yang cedera di kaki dan bahu adalah pekerja pusat hiburan.

Semua mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, ketika kejadian tiga anggota tentera ini dipercayai bertengkar lalu cuba dileraikan oleh dua individu berkenaan.

Bagaimanapun, seorang daripada anggota tentera berkenaan tiba-tiba melepaskan beberapa das tembakan dipercayai menggunakan senjata jenis M-16.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Omar Mammah ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan semua mangsa masih menerima rawatan di hospital.

Check Also

Cara Semak Tunggakan PTPTN Secara Online

Cara Semak Tunggakan PTPTN Secara Online

Berita baik untuk semua peminjam PTPTN atau nama penuh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. Anda …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *