Home » BERITA » Tiada Bahan Tidak Halal Dalam Vaksin

Tiada Bahan Tidak Halal Dalam Vaksin

Tiada Bahan Tidak Halal Dalam Vaksin di Malaysia. Kementerian Kesihatan mengesahkan semua vaksin yang digunakan di negara ini adalah halal selepas melalui proses penyelidikan terperinci oleh pakar perubatan.

“Semua vaksin di negara ini diketahui secara formal tidak mengandungi bahan bukan halal,” kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye.

Tiada Bahan Tidak Halal Dalam Vaksin
Tiada Bahan Tidak Halal Dalam Vaksin

Boon Chye berkata, walaupun kilang bagi menghasilkan vaksin halal akan dibina di Malaysia, ia tidak bermaksud vaksin yang digunakan sekarang adalah tidak halal.

“Sebenarnya, tiada isu membabitkan vaksin yang tidak halal, kita mengalu-alukan sesiapa saja yang mahu membangunkan kemudahan atau kilang vaksin di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Pembantu Perubatan Peringkat Kebangsaan 2019 di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Chong Chee Kheong dan Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Datuk Roslan Wahab.

Media sebelum ini melaporkan, kilang vaksin halal pertama di negara ini bakal dibina di Negeri Sembilan tidak lama lagi bagi menjadikan Malaysia sebagai antara negara pengeluar vaksin utama dunia.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh dilaporkan berkata, walaupun pembinaan kilang itu akan mengambil masa untuk disiapkan, ia adalah langkah terbaik boleh dilakukan kerajaan untuk meningkatkan keyakinan ibu bapa terhadap vaksin yang dikeluarkan serta diberikan kepada anak-anak mereka.

Dalam perkembangan lain, Boon Chye berkata, kerajaan sudah mengambil pelbagai inisiatif untuk mengimbangi keperluan dalam jawatan Penolong Pegawai Perubatan.

“Antara inisiatif terbaharu mulai tahun ini adalah tawaran perlantikan secara kontrak kepada 3,135 graduan Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, termasuk 1,292 pelatih Penolong Pegawai Perubatan yang menamatkan latihan pada tahun 2017,” katanya.

Selain itu, beliau berkata bagi profesion Penolong Pegawai Perubatan pula Lembaga Pembantu Perubatan secara berterusan akan mengenal pasti kekosongan perjawatan untuk melaksanakan proses kenaikan pangkat kepada yang layak.

Terdahulu, Boon Chye pada majlis itu turut menyampaikan Watikah Pegawai Bersekutu Pertahanan Awam, Anugerah Tokoh Pembantu Perubatan Harapan, Anugerah Tokoh Pembantu Perubatan, Anugerah Khas Pembantu Perubatan, Sijil Penghargaan kepada wakil Penolong Pegawai Perubatan (PPP) di dalam pasukan penyelamat Malaysia Field Hospital Cox Bazaar Bangladesh dan Sijil Pencapaian Star Rating Ketua Penolong Pegawai Perubatan Negeri.

Selain itu, beliau turut melancarkan Buku Garis Panduan Berkhatan Teknik ‘Dorsal Slit’.

Sambutan Hari Pembantu Perubatan yang bermula sejak 5 Mac dan berakhir semalam dipenuhi pelbagai pengisian termasuk program derma darah secara serentak oleh ahli Penolong Pegawai Perubatan di seluruh negara. -SUMBER-

Check Also

Lelaki Tweet Nora Anne Dirogol Orang Asli Didakwa

Lelaki Tweet Nora Anne Dirogol Orang Asli Didakwa

Lelaki Tweet Nora Anne Dirogol Orang Asli Didakwa di mahkamah. Betul lah kata orang-orang tua …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.