Home » BERITA » Tiada Unsur Babi Dalam Meatball IKEA Malaysia

Tiada Unsur Babi Dalam Meatball IKEA Malaysia

Tiada Unsur Babi Dalam Meatball IKEA Malaysia dan apa yang tular di media-media sosial beberapa hari ini yang mendakwa bahawa meatball IKEA tidak halal adalah tidak benar.

IKEA Malaysia menegaskan produk bebola daging yang dijual di stor berkenaan halal dan diperbuat daripada daging lembu Australia.

Tiada Unsur Babi Dalam Meatball IKEA Malaysia
Tiada Unsur Babi Dalam Meatball IKEA Malaysia

Pengurus stor IKEA Damansara, Roszalena Mashurdin berkata, produk tersebut juga telah mendapat pengesahan sijil halal dan dihasilkan di negara ini.

Katanya, IKEA tidak akan bertolak ansur dalam aspek penggunaan bahan-bahan selain daripada sumber yang dijamin daripada segi kualiti, piawaian dan persijilan serta dianalisis di makmal bertauliah

“Sebagai langkah berjaga-jaga, kami telah memberhentikan jualan sementara bebola daging di pasar jualan makanan Swedish dan restoran IKEA sehingga hasil ujian DNA disahkan.

“Kami menjangkakan keputusan ujian pertengahan minggu depan sebagai pengesahan produk bebola daging tidak mengandungi daging kuda. Keyakinan dan kepercayaan pelanggan penting bagi IKEA.

Kami komited menjual makanan yang selamat, sihat dan dihasilkan dengan berkualiti,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

Check Also

Bekas Presiden Mesir Mohamed Morsi Meninggal

Bekas Presiden Mesir Mohamed Morsi Meninggal

Bekas Presiden Mesir Mohamed Morsi Meninggal dunia. Bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi dilaporkan meninggal dunia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.