Home » HIBURAN » Titian Cinta Episod Akhir Episod 28

Titian Cinta Episod Akhir Episod 28

Titian Cinta Episod Akhir Episod 28 akan menemui semua penonton TV3 pada kira-kira jam 7.00 malam ini. Sudah pasti semua peminat drama Titian Cinta sudah tidak sabar lagi untuk menonton kesudahan cerita ini bermula dari episod pertama lagi. Sudah pasti semua pembaca novel Titian Cinta juga sudah tidak sabar-sabar lagi untuk menonton Titian Cinta Episod Akhir Episod 28 ini.

Titian Cinta Episod Akhir Episod 28
Titian Cinta Episod Akhir Episod 28

Drama Titian Cinta yang dibintangi oleh Zul Ariffin dan Farah Nabilah sebagai teraju utama ini sememangnya menjadi antara drama paling ramai ditonton oleh rakyat Malaysia. Memetik info semasa menyaksikan program Nasi Lemak Kopi O TV9 di mana Farah Nabilah atau Fawaaaa dan tuan pengarah drama di mana mereka berdua menjadi tetamu.

Jadi kepada semua yang menantikan saat untuk menonton Titian Cinta Episod Akhir Episod 28 jangan lupa temujanji anda petang ini. Drama-drama juga solat maghrib jangan lupa tau. Jom kita baca sedikit sinopsis drama Titian Cinta ini.

Dulu, dia pernah dihalau bagai kucing kurap oleh suami sendiri. Kini, setelah empat tahun membawa diri di bumi asing, ‘Aisy pulang dengan nekad mahu menuntut janji yang pernah dilafazkan oleh sang suami. Namun, tatkala bertemu, lain pula yang terjadi.

“Tak baik seorang isteri menipu suaminya sendiri. Berdosa..” – Harris
“Minta maaf Encik Umayr Harris Tan Sri Hakim. Saya bukan lagi isteri sesiapa.” – ‘Aisy
“Dan untuk pengetahuan Puan Rahadatul ‘Aisy Hilmi, talak berada di tangan suami. Seingat akal abang yang masih waras ini, abang tak pernah ceraikan ‘Aisy.” – Harris

Kepulangan ‘Aisy memang dinanti Harris. Dia ingin menebus khilafnya. Kerana cemburu, dia sanggup menghina isteri sendiri. Kerana gagal mengawal baran, dia tegar menyakiti tubuh isteri dengan tangan sendiri. Kini, dia mahu menebus semuanya.

“Saya tak cukup baik nak maafkan awak, Harris. Kembali hidup dengan awak, that’s the last thing I will do.” – ‘Aisy
Pun begitu, kesungguhan dan kesabaran Harris meladeni setiap onar yang sengaja diciptanya membuatkan tekad ‘Aisy semakin goyah. Penerimaan Harris terhadap kekurangan dirinya buatkan ‘Aisy akur pada jodoh dan ketentuan Ilahi.

Saat bahagia menjelma, mendung datang lagi. Kemunculan Rayyan, lelaki tampan bermata hazel membuatkan Harris dihambat rasa cemburu yang tak bertepi.

Siapakah Rayyan sebenarnya di hati ‘Aisy? Akankah bahagia menjadi milik mereka nanti? Mampukah Titian Cinta mereka yang sudah retak menanti belah itu dicantum kembali? Atau, mungkinkah Rayyan layak menjadi pengganti?

 

Check Also

Benarkah Ada Video Lucah Syafiq Kyle

Benarkah Ada Video Lucah Syafiq Kyle

Benarkah Ada Video Lucah Syafiq Kyle? Inilah yang tular di media sosial sejak semalam terutama …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *