Tragedi 13 Julai 2015 Low Yatt Plaza

Seperti mana yang kita tahu pada ahad malam yang lepas satu sejarah hitam telah tercatat di negara kita.Apalagi dengan zaman teknologi serba canggih setiap apa yang berlaku dengan pantas boleh diakses di media-media sosial tetapi kesahihan berita yang dikongsi oleh netizen yang menjadi tanda tanya.Kes sudah pun dikatakan selesai selepas pihak polis mengumumkan kepada media apa sebenarnya yang terjadi pada Tragedi 13 Julai 2015 Low Yatt Plaza tersebut.

Admin ingin berkongsi pengalaman dan pendapat salah seorang saksi yang ditulis beliau di sebuah blog.Menurut beliau, beliau memang berada ditempat kejadian ketika Tragedi 13 Julai 2015 Low Yatt Plaza ini berlaku.Rasanya anda pasti kenal dengan Brado Kapak atau BK bukan? Jadi paneh kongsikan apa yang beliau tulis di sini.

Serba sedikit ulasan dari beliau admin kongsikan di sini berkaitan Tragedi 13 Julai 2015 Low Yatt Plaza beberapa hari lepas.Jika anda lihat video-video yang dikongsi mengikut turutan di media-media sosial anda pasti mendapat sedikit gambaran dengan apa yang berlaku.

Apa yang berlaku malam tadi adalah isu kedua rentetan 7 budak Melayu yang kena pukul kelmarin.

Saya ceritakan sedikit apa yang saya sendiri lihat tatkala berada di scene field…

1. Seramai lebih kurang 400 – 500 orang telah berkumpul sekitar jam 8.30 malam dihadapan Lowyat bagi meminta penjelasan daripada pengurusan berhubung isu ini diketuai sekumpulan Ayahanda dan Abang kawasan.

2. Mereka gagal mendapat jawapan lantas masuk ke dalam untuk memanggil ‘abang kawasan’ Lowyat dan seorang supervisor security Lowyat.

3. Akhirnya Alan (kepala botak) dan seorang lelaki Melayu berbadan gempal telah dibawa keluar untuk memberi penjelasan berkenaan isu tersebut dihadapan crowd Melayu yang masih berkumpul dihadapan Lowyat.

4. Setelah mendapat jawapan, mereka telah ditenteramkan oleh seorang ‘abang kawasan’ agar tidak bertindak melulu.

5. Abang kawasan meminta semua crowd beri laluan pihak Polis buat siasatan berhubung isu Cina membawa kayu hendak pukul orang Melayu.

6. Mereka juga turut meminta pihak Polis mengambil tindakan terhadap semua Cina yang ‘mengerjakan’ budak Melayu ber-7 tersebut.

7. Sementara seorang suspek yang didakwa mencuri masih lagi ditahan reman setakat malam tadi.

8. Setelah abang kawasan tersebut tamat memberi ucapan mereka pun bersurai dan crowd berpindah ke Jln Bukit Bintang. (Rujuk video Alan kena tarik dan video abang kawasan beri ucapan).

9. Abang kawasan antara dua pihak telah duduk semeja di Arraziq berhadapan Lowyat.

10. Rundingan gagal apabila ada pihak Cina mengapikan keadaan dari dalam Lowyat dimana mereka telah bersiap sedia dengan parang, besi dan peralatan untuk keluar mengamuk.

11. Sekitar 10.30 pihak Polis telah mula menyuraikan crowd Melayu di Jln Bukit Bintang. Saya turut berpindah ke Jln Imbi ketika itu.

12. Ketika itu Lowyat telah pun di ‘perimeter fencing’ oleh pihak polis.

13. Sekitar jam 11.45 – 12, kawasan sekitar Lowyat sangat lengang. Crowd di Bukit Bintang sudah berkurangan.

14. Jam 12.25 lebih kurang, beberapa orang Melayu yang melalui kawasan jalan belakang parking motor Lowyat telah diserang sekumpulan lelaki Cina bersenjatakan besi dan kayu.

15. Beberapa orang melarikan diri dan memanggil crowd daripada Bukit Bintang untuk menyelamatkan mereka.

16. Panggilan dibuat kepada semua crowd. Sekitar jam 12.30 seramai lebih kurang 200 orang telah berkumpul dan mula merusuh bila melihat beberapa orang Melayu sudah tumbang. Salah seorang berbadan gempal sedang terbaring dipijak beberapa crowd Cina dan India. (Rujuk gambar di media sosial)

17. Rusuhan semakin tegang bila amarah orang Melayu tidak tertahan lagi kerana diserang setelah mereka bersurai.

Tragedi 13 Julai Low Yatt

18. Sekitar 10 minit setelah itu pihak UTK (berpakaian preman) dan polis (berseragam) melepaskan lebih kurang 2 das tembakan ke udara bagi menyuraikan crowd.

19. Orang Melayu ditenangkan dan crowd berjaya dileraikan sekitar jam 1 pagi dengan ketibaan Black Maria sebanyak 2 trak dan 1 jeep.

20. Crowd berpecah. Separuh ke hadapan Jalan Imbi dan separuh ke Jln Bukit Bintang.

21. Sepanjang berada di Jalan Imbi, sekitar 2 buah kereta yang dipandu remaja Cina dipecahkan cermin akibat tindakan mereka merakam video dan mengatakan perkataan “sohai”.Tragedi 13 Julai 2015 Low Yatt Plaza

22. Pihak polis mengarahkan Cina tersebut beredar dan FRU datang ke Jalan Imbi bagi menyuraikan crowd.

23. Namun masa yang sama, pihak polis sudah membuat sekatan jalan raya besar-besaran disekitar laluan masuk ke Segitiga Emas.

24. Pihak polis telah menutup jalan belakang Imbi menghala MRR2 untuk roadblock.

25. Sekitar jam 3.30 pagi, tatkala kenderaan beratur panjang akibat jem dalam sekatan polis, sebuah kenderaan Proton Wira dinaiki 4 orang remaja Cina telah berlaku kurang ajar.

26. Tatkala sekumpulan budak motor Melayu melalui kenderaan tersebut, salah seorang daripada 4 remaja Cina telah bersuara “Melayu tak guna”. (Seperti diceritakan saksi kejadiaan awal).

27. Perkara itu didengari sekumpulan budak motor tersebut dan pergaduhan tercetus mengakibatkan keempat-empat remaja Cina tersebut dipukul teruk.

28. Saya ketika itu bersama sekumpulan dari Jalan Imbi berlari ke arah kawasan kejadian bagi melihat apa yang berlaku.

29. Crowd semakin ramai dan pergaduhan merebak apabila ‘abang kawasan’ Melayu telah bertembung dengan taiko Cina disebelah hujung jalan.

30. Pertembungan itu mengakibatkan pergaduhan dua penjuru jalan dimana sebelah depan, sebuah Wira remuk dihancurkan dan 4 orang remaja Cina dipukul teruk. Manakala disebelah depan, sekumpulan lagi bergaduh dan dileraikan oleh Black Maria.

31. Pihak polis terpaksa mengeluarkan pistol dan menghala muncung pistol keudara apabila gagal meleraikan crowd yang sedang memukul 4 remaja Cina tadi. Polis memanjat Wira tersebut bagi meleraikan kejadian.

32. Pihak FRU tiba dan meleraikan crowd serta berkawal dihadapan jalan membuat perimeter fencing.

33. Mangsa parah dikejarkan ke hospital terdekat menaiki ambulans JPAM.

34. Sekitar jam 4 pagi crowd berkumpul dihadapan Jalan Imbi semula dan dileraikan oleh seorang Incharge Officer. Crowd disuruh pulang dan TIADA tangkapan dibuat pada malam tersebut.

35. Akhirnya sekitar jam 4.30 pagi barulah keadaan reda dan semua crowd lengang meninggalkan kawasan.Tragedi 13 Julai 2015 Low Yatt Plaza

Berita penuh anda boleh ke blog BK di SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *