Ultras Malaya Gesa Boikot Perlawanan Sarkas

Ultras Malaya Gesa Boikot Perlawanan Sarkas. Begitu lantang dan bersemangat Ultras Malaya membidas FAM gara-gara perlawanan persahabatan pasukan kebangsaan Malaysia menentang dua kelan EPL iaitu Tottenham dan Liverpool. Sehingga hangat di media sosial dengan kempen #SayNoToCircusGame.

ultras Malaya

Apakah sebenarnya yang menyebabkan kumpulan penyokong tegar Harimau Malaya ini bengang dengan perlawanan ini. Rasanya mereka tidak menentang kehadiran dua kelab EPL ini ke Malaysia. Tapi apa yang mereka mahukan FAM menurunkan pasukan Pilihan Liga Malaysia atau boleh sahaja dinamakan dengan Malaysia League All Star atau apa sahaja. Bukan dengan menurunkan pasukan kebangsaan.

Apa alasan mereka? Apa yang dapat kami di Paneh Miang lihat di laman sosial Facebook mereka adalah, mereka tidak mahu pasukan kebangsaan dimalukan atau bertemu dengan kelab. Apa standard sebuah National Team diletakkan sebagai kambing hitam semata-mata satu perlawanan yang tidak memberi apa-apa makna atau boleh sahaja ibarat perlawanan latihan. Jika kalah , sekadar menjatuhkan maruah bolasepak negara. Mungkin pada pandangan mereka adalah, letakkan status skuad kebangsaan lebih tinggi dari kelab walaupun mereka adalah kelab EPL atau eropah.

Saranan mereka agar FAM menurunkan pasukan Pilihan Liga Malaysia dengan gabungan pemain terbaik tempatan dan import adalah lebih wajar. Ini secara tidak langsung akan mempromosikan Liga Malaysia itu sendiri. Mereka mahu FAM mengikuti contoh seperti Thailand dan Indonesia menurunkan pasukan pilihan liga sahaja dalam perlawanan persahabatan yang lebih kepada perlawanan pertunjukan ini sebab itu mereka mengelar perlawanan ini Circus Game.

Jadi tidak hairanlah kenapa mereka begitu lantang menentang tapi bukan sampai menghalang kehadiran kelab-kelab ternama ke Malaysia.

Kepada FAM, walaupun Ultras Malaya hanyalah sekadar kumpulan penyokong yang mungkin tidak mempunyai apa-apa, namun harus ingat pengaruh mereka kepada penyokong dan kehadiran mereka ke stadium banyak membantu memeriahkan semula arena bolasepak negara. Dulu perlawanan hanya disaksikan kerusi sahaja, kini ultras membawa fenomena yang mampu menarik golongan pencinta bolasepak ke stadium.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *