Home » Uncategorized » Ustazah maut kemalangan bersama tiga anak

Ustazah maut kemalangan bersama tiga anak

Semalam seorang Ustazah dan 3 anak nya terlibat dengan kemalangan maut. Jadi mari kita sama-sama sedekah kan Al-Fatihah untuk arwah sekeluarga.Untuk berita penuh mari kita sama-sama rujuk berita dari Sinar Harian di bawah ini.

KAJANG –Tragis apabila seorang guru mata pelajaran agama Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi dan tiga anaknya maut selepas  kenderaan dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 7 Jalan Kajang-Banting di sini, hari ini.

Kejadian turut menyebabkan seorang anak lelaki guru itu yang berusia tiga tahun kritikal dan  masih mendapat rawatan di wad kecemasan.

Difahamkan, mangsa dalam perjalanan menghantar dua anaknya ke rumah pengasuh sebelum ke sekolah untuk mengajar murid sesi petang.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, kenderaan dipandu mangsa dari arah Bangi ke Kajang dipercayai masuk ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah lori.

nuffnang_bid = “916a2e237c14137532c88b76c8203b65”;

Rempuhan kuat turut menyebabkan pemandu lori mengalami kecederaan dan terpaksa mendapat rawatan di hospital.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, mereka yang terkorban adalah Rohaya Md Rabi, 35; Nor Nabila Al Huda Mohd Taufid, 9; Nor Nabila Ah Hanan, 7, dan Mohd Nabil Lutfi Al Hadif, 1.

Anak mangsa yang kritikal dikenali sebagai Mohd Nabil Lutfan Al Husni, 3.

Menurutnya, kemalangan berlaku apabila kereta jenis Perodua Kancil dipandu mangsa bertembung dengan lori menyebabkan mangsa yang memandu tersepit.

“Akibat pelanggaran itu, sebuah van turut merempuh bahagian belakang lori dipercayai akibat tidak sempat menekan brek,”katanya.  

Empat mangsa yang maut dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat manakala dua mangsa yang cedera masih menerima rawatan di Hospital Kajang.-SH

p/s : Takziah & Al Fatihah

Check Also

Malaysia 2 Vietnam 2 AFF Suzuki Cup

Malaysia 2 Vietnam 2 AFF Suzuki Cup

Malaysia 2 Vietnam 2 AFF Suzuki Cup 2018. Berikut merupakan keputusan untuk perlawanan akhir pusingan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *