Home » BERITA » Uyaina Juara Nona Manis 2015

Uyaina Juara Nona Manis 2015

Uyaina Juara Nona Manis 2015
Uyaina Juara Nona Manis 2015

Tahniah admin ucapkan kepada juara pencarian Nona Manis 2015 iaitu Naseha Uyaina Arshad. Gadis berusia 23 tahun yang juga berkelulusan undang-undang telah berjaya menawan hati semua juri dengan kepetahan dan juga jawapan yang tepat pada setiap soalan spontan yang diajukan oleh juri. Dengan itu Uyaina Juara Nona Manis 2015 dan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM15,000.00.

Tahniah juga kepada pemenang tempat kedua ketiga iaitu Edora dan Maryam. Sudah pasti mereka ini akan menjadi personaliti TV3 dalam bidang penyiaran dan akan menjadi ahli baru dalam keluarga Nona. Seperti yang kita ketahui bahawa pencarian bakat pengacaraan oleh TV3 melalui Nona ini sememangnya ditunggu-tunggu oleh gadis-gadis di Malaysia.Uyaina Juara Nona Manis 2015

Uyaina tampil penuh yakin dan menambat hati juri menerusi tugasan akhir bertajuk Perkosaan Dalam Rumah Tangga. “Saya hanya beritahu diri sendiri saya perlu lakukan yang terbaik dan sempurnakan misi akhir pada hari ini. “Saya akui latihan dan pengalaman di sekolah undang-undang banyak membantu,”.¬†Uyaina Juara Nona Manis 2015

Ketua Juri, Nurfarahin Jamsari, berkata persembahan semua peserta sangat membanggakan dan menunjukkan peningkatan berbanding di peringkat awal. “Kelebihan kepada pemenang ialah kebolehan menjawab soalan secara spontan dengan isi serta fakta yang tepat,” katanya. Pertandingan Nona Manis buat julung kali dianjurkan sempena ulang tahun ke-30 rancang majalah paling popular dan lama bertahan, Nona.Uyaina Juara Nona Manis 2015

 

Check Also

Biodata Profil Zamani Slam

Biodata Profil Zamani Slam Gegar Vaganza 5

Biodata Profil Zamani Slam Gegar Vaganza 5. Kumpulan Slam adalah kumpulan yang menjadi fenomena kepada …

One comment

  1. tahniah uyaina. memang dia layak.
    singgah raya. selamat hari raya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *