Vape Tidak Haram

Pastinya keputusan kabinet sebentar tadi menggembirakan semua pengguna vape seluruh Malaysia yang juga dikenali sebagai vapor. Baru sahaja sebentar tadi kabinet memutuskan bahawa Vape Tidak Haram. Ini adalah memetik laporan daripada Astro Awani. Kenyataan ini dikeluarkan oleh seorang menteri iaitu Datuk Seri Ismail Sabri. Untuk berita penuh berkaitan Vape Tidak Haram ini kita rujuk laporan daripada Astro Awani.

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kabinet telah memutuskan vaping yang tidak akan diharamkan.”Berita baik untuk vapers, bir vaper dan perniagaan vape. Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak mengharamkan penggunaan vape,” tulis beliau di Facebook hari ini.

Vape tidak haram

Kementerian Kesihatan sebelum ini mempertimbangkan pengharaman vaping tetapi telah berkata, masih terlalu awal untuk membuat keputusan mengenai perkara itu.Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, undang-undang baru untuk mengawal selia penggunaan produk tembakau sedang digubal oleh Kementerian Kesihatan.Vape Tidak Haram

Beliau berkata undang-undang baru akan mengambil kira kawalan yang sesuai pada penggunaan vape dan perbuatan vaping yang berbahaya kepada kesihatan manusia.Beliau berkata undang-undang yang sedia ada, iaitu Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2011 di bawah Akta Makanan 1983 telah dilihat tidak begitu berkesan, terutama dari segi denda yang dikenakan ke atas pesalah, untuk mengawal penggunaan vape dan produk tembakau lain, termasuk rokok.-Awani-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *