Video Cara Tukar Kad Maybank Guna Kiosk

Untuk mereka yang masih belum menukar kad ATM Maybank anda kepada kad jenis baru ‘paywave’. Ini ada Video Cara Tukar Kad Maybank Guna Kiosk tetapi bukan di semua cawangan Maybank. Dalam Video Cara Tukar Kad Maybank Guna Kiosk ini ada dinyatakan senarai cawangan bank yang menawarkan khidmat ini.

Video Cara Tukar Kad Maybank Melalui Kiosk
Video Cara Tukar Kad Maybank Melalui Kiosk

Bukan sahaja melalui kaunter bank dan kiosk anda juga boleh menukar kad bank anda menerusi online Maybank2U. Untuk maklumat lanjut anda klik sahaja di SINI untuk cara-cara lengkap berserta gambar untuk bagaimana cara tukar kad menerusi Maybank2U.

Untuk Video Cara Tukar Kad Maybank Guna Kiosk jom saksikan vidoe di bawah ini.

Caranya mudah dan cepat. Semudah A. B. C!

Cara ringkas :
A. Masukkan kad ATM/Debit lama anda, kemudian masukkan no PIN.

B. Masukkan Mykad anda, serta buat pengesahan cap jari (thumbprint verification). Thumbprint verification passed! (Mesti lulus pengesahan cap jari).

C. Kad Debit baru (versi Chip & Pin) akan keluar berserta resit transaksi.

Tadaaa, dalam Seminit je dah siap! Dah selesai proses penukaran kad Debit baru anda tanpa perlu ke kaunter. Menarik kan?!

Buat masa sekarang, hanya beberapa Branch yang ada kiosk terbaru ini. Yang pasti, kat Menara Maybank dah ada kiosk ni. Dengarnya, dalam masa terdekat, kiosk ini akan ditempatkan di cawangan Maybank KLCC, KL Sentral dan MidValley.

Waktu operasi :
Cawangan Maybank terpilih :
6 pagi – 12 tengah malam

Cawangan Maybank di Pasaraya :
Mengikut waktu operasi pasaraya
(10 pagi – 10 malam)

Ok, sekian perkongsian saya yang tak seberapa ni.

Jika bermanfaat, boleh Share dengan kengkawan.

P/S: Sila tukar ATM lama anda sebelum 31 Disember 2016 untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

Perkongsian daripada Firdaus Pay

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *