Home » BERITA » Video Ibu Dera Bayi Di Ipoh

Video Ibu Dera Bayi Di Ipoh

Dua tiga hari ini admin menerima satu video di applikasi whatapps yang menunjukkan seorang bayi sedang menangis. Lebih mengejutkan seorang perempuan dewasa yang membuatkan bayi tersebut menangis. Jika dilihat pada video tersebut, wanita terbabit telah mencampakkan bayi tersebut di atas toto. Wanita terbabit seperti melepaskan geram kepada bayi tersebut. Dengan kata mudah bayi tersebut di dera. Dan telah pun viral Video Ibu Dera Bayi Di Ipoh. Lebih mengejutkan yang mendera bayi tersebut bukan orang lain tetapi ibu bayi itu sendiri.

Jom kita sama-sama baca siaran media dari pihak Polis berkenaan perkembangan kes tersebut. Semoga ianya menjadi teladan dan iktibar kepada orang ramai. Jika tidak keberatan anda boleh la kongsikan artikel ini.

SIARAN MEDIA

PERKEMBANGAN KES BAYI DIDERA DI IPOH, PERAK

Susulan penyebaran video bayi didera yang menjadi viral dalam laman sosial Facebook dan aplikasi Whatapps sejak beberapa hari lepas, hasil siasatan mendapati mangsa iaitu bayi dan saspek yang merupakan ibunya sendiri merupakan individu yang sama seperti kes yang pertama dilaporkan pada 19 April 2015. Siasatan juga mendapati saspek ada membuat rakaman yang lain selain rakaman yang telah manjadi viral sebelum ini. Oleh yang demikian tidak timbul isu adanya kes penderaan yang baru yang dilaporkan.

Bayi berkenaan telah dijaga oleh neneknya sejak dikeluarkan dari hospital untuk pemeriksaan. Perintah jagaan juga telah dikeluarkan oleh mahkamah dimana hak penjagaan bayi tersebut diserahkan kepada neneknya. Bayi berkenaan tidak pernah diserahkan semula kepada saspek iaitu ibu kepada mangsa. Ini dia Video Ibu Dera Bayi Di Ipoh tersebut.

Saspek dalam kes ini telah diberi kaunseling oleh Victim Care Office (VCO) Perak dan bayi berkenaan diselia oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bayi tersebut kini dalam keadaan sihat dan hasil pemeriksaan doktor didapati tiada sebarang kecederaan di badan dan kepala mangsa.

Kertas siasatan telah dirujuk kepada pihak Pendakwa Raya untuk arahan lanjut. Kes disiasat dibawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan jika sabit kesalahan tertuduh boleh didenda RM20,000 atau penjara tidak lebih sepuluh tahun atau kedua-duanya sekali.

SUPT ANUAR BIN OTHMAN
TIMBALAN KETUA POLIS DAERAH (OPERASI)
IBU PEJABAT POLIS DAERAH IPOH
19 MEI 2015 1315 hrs

Check Also

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan berita ini sememangnya mengundang kemarahan terutama …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *