Home » BERITA » Video Kanak-Kanak Maut Jatuh Eskalator Kenanga Wholesale City

Video Kanak-Kanak Maut Jatuh Eskalator Kenanga Wholesale City

Seorang kanak-kanak 5 tahun maut setelah terjatuh dari aras 6 sebuah pusat membeli-belah di ibu kota petang semalam. Untuk berita penuh berkaitan video kanak-kanak maut jatuh eskalator Kenanga Wholesale City ini sila rujuk laporan Utusan Online di bawah.

KUALA LUMPUR 3 April – Keseronokan dua kanak-kanak bermain eskalator di aras enam sebuah pusat pemborong di Jalan Gelugor off Jalan Kenanga, di sini petang ini bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut selepas terjatuh.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 3.04 petang itu, mang­sa, Norhayada Sofia Musa, 6, bersama seorang adiknya bermain di eskalator tersebut sebelum dia secara tiba-tiba bergerak sama di atas getah pemegang alat berkenaan sebelum terjatuh di aras bawah.
Kejadian juga difahamkan berlaku tanpa disedari ibu mangsa yang sedang menjawab panggilan telefon tidak jauh dari lokasi mang­sa dan adiknya bermain.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

“Kita difahamkan yang mangsa ke pusat beli belah bersama ibunya. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” kata­nya dalam satu kenyataan di sini.
Sementara itu, jurucakap pusat pemborong tersebut berkata, kes tersebut adalah yang pertama sepanjang mereka beroperasi.
“Hasil pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kita dapati yang mangsa bersama adiknya sedang bermain di eskalator tersebut sebelum tertarik mengikut getah pemegang lalu terjatuh ke bawah.
“Bagaimanapun, kita masih menunggu laporan siasatan penuh daripada pihak polis,” ujarnya yang dukacita dengan kejadian yang berlaku.
Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, kejadian yang berlaku di depan matanya itu benar-benar membuatkannya terkejut dan trauma.
“Ketika kejadian saya berada di aras lima dan terkejut apabila mendengar jeritan orang ramai.
“Saya menyangka ada kejadian jenayah tetapi sebaliknya ada kanak-kanak mati terjatuh,” katanya,
Dalam pada itu, keluarga mang­sa yang ditemui di bilik mayat HKL enggan ditemu bual

Video Kanak-Kanak Maut Jatuh Eskalator Kenanga Wholesale City
Video Kanak-Kanak Maut Jatuh Eskalator Kenanga Wholesale City

Check Also

Bantuan Sara Hidup RM100 Golongan Bujang

Bantuan Sara Hidup RM100 Golongan Bujang. Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 sebanyak RM100 akan diberikan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *