Home » Uncategorized » Video Kontroversi 2 kakitangan Jabatan Kesihatan Masukan Jentik-Jentik Dalam Tangki Bengkel

Video Kontroversi 2 kakitangan Jabatan Kesihatan Masukan Jentik-Jentik Dalam Tangki Bengkel

Bahau: Dua kakitangan Jabatan Kesihatan negeri digantung tugas kerana didakwa memasukkan jentik-jentik ke dalam tangki takungan air di sebuah bengkel kereta di sini, untuk meminta sogokan daripada pemilik premis terbabit.

Tindakan dua kakitangan terbabit, masing-masing lelaki dan wanita, terbongkar selepas perbuatan mereka kira-kira jam 12 tengah hari Selasa lalu di Kawasan Perindustrian Kwang Hup, dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) premis itu.
Pemilik bengkel yang hanya mahu dikenali sebagai Thambi, 52, mendakwa seorang pekerja menghubunginya memaklumkan kakitangan Jabatan Kesihatan menemui jentik-jentik di dalam tangki air ketika membuat pemeriksaan.

Kerap ganti air

“Saya hairan bagaimana jentik-jentik boleh ada kerana kami menggantikan air tangki itu dua hari sekali.

“Lebih mengejutkan, mereka meminta ‘duit kopi’ RM50 untuk mengelakkan saya dikompaun RM500,” katanya di sini, semalam.

nuffnang_bid = “916a2e237c14137532c88b76c8203b65”;

Katanya, beliau kemudian memeriksa rakaman CCTV dan terkejut apabila melihat kakitangan wanita itu memasukkan sesuatu ke dalam tangki berkenaan, seterusnya membuat laporan kepada Pejabat Kesihatan Jempol.
Muat naik di YouTube

Rakaman dimuat naik di laman YouTube dengan tajuk Malaysia True Ugly Health Officials factory for mosquitoes in check caught in CCTV, menunjukkan seorang wanita memakai jaket memasukkan sesuatu ke dalam tangki air di bengkel itu sebelum dia dan rakan lelakinya membuat pemeriksaan.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zailan Adnan, dalam kenyataan berkata, kedua-dua kakitangan itu digantung tugas sehingga siasatan terperinci mengenai kes itu selesai.

“Jika didapati bersalah, mereka akan dibuang kerja kerana kesalahan dilakukan sangat serius dan menjejaskan imej jabatan selain boleh menghilangkan kepercayaan orang awam terhadap jabatan,” katanya.

SUMBER

p/s : memang buruk kan imej jabatan kesihatan seterusnya imej penjawat awam. nk tengok video p u tube. jika betul bersalah tindakan tegas patut dikenakan kepada 2 kakitangan ini.

Check Also

Cara Semak Tunggakan PTPTN Secara Online

Cara Semak Tunggakan PTPTN Secara Online

Berita baik untuk semua peminjam PTPTN atau nama penuh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. Anda …

7 comments

  1. disebabkan macam ni orang hilang kepercayaan, kenakan org akhirnya terkena sndri

  2. Perangai busuk betul, minta sogok 50 ringgit then hilang perkerjaan macamana? itu baru digantung..

  3. iskkk..kalau betul harap tindakan tegas diambil

  4. memalukan kaum betul la ada pegawai macam ni

  5. buat malu kakitangan awam je.. ishh ni kerja nak bagi makan kat anak2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *