Home » BERITA » Video Lori Tangki Terbakar Di LPT 2

Video Lori Tangki Terbakar Di LPT 2

Video Lori Tangki Terbakar Di LPT 2
Video Lori Tangki Terbakar Di LPT 2

Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa yang terlibat dengan kejadian kemalangan yang berlaku di LPT 2 sebentar tadi. Admin ingin kongsikan Video Lori Tangki Terbakar Di LPT 2 tersebut yang dipetik dari laman Fb popular Sukan Star TV. Untuk berita penuh admin kongsikan laporan dari BH.

KUALA TERENGGANU: Seorang pemandu lori tangki rentung apabila lorinya yang sarat dengan muatan minyak diesel, meletup dan terbakar di kilometer 315.2 Lebuh Raya Pantai Timur Dua (LPT2), di sini. Dalam kejadian kira-kira jam 9.37 pagi itu, kenderaan dipandu Mohd Azhar Jusoh sedang dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur apabila dipercayai terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, berikutan rempuhan itu, lori tangki berkenaan dikatakan meletup dan terbakar, manakala Mohd Azhar gagal menyelamatkan diri. Katanya, tiga jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Paka dan Kertih dikejarkan ke tempat kejadian untuk melakukan kerja menyelamat.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, lori tangki yang sarat dengan muatan minyak diesel itu terbakar sepenuhnya. “Selepas api berjaya dipadamkan, seorang lelaki disyaki pemandu ditemui rentung,” katanya ketika dihubungi, semalam. Siasatan mengenai punca kejadian masih dijalankan.

Check Also

6 Anggota Bomba Lemas Ketika Menyelamat

6 Anggota Bomba Lemas Ketika Menyelamat

6 Anggota Bomba Lemas Ketika Menyelamat inilah berita yang menggemparkan seluruh rakyat Malaysia hari ini.¬†Faktor …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *