Home » BERITA » Video Rakaman Kejadian Letupan Bom Di Bangkok

Video Rakaman Kejadian Letupan Bom Di Bangkok

Video Rakaman Kejadian Letupan Bom Di Bangkok
Video Rakaman Kejadian Letupan Bom Di Bangkok

Satu kejadian letupan bom telah menggegarkan kota raya Bangkok. Diberitakan banyak kehilangan nyawa telah berlaku dan antara yang terkorban adalah dua orang rakyat Malaysia. Jadi admin ingin berkongsi satu video beberapa saat sebelum kejadian yang sempat dirakam oleh seorang individu yang tidak dinyatakan siapa. Jom kita saksikan Video Rakaman Kejadian Letupan Bom Di Bangkok tersebut yang di ambil dari FB FOBN.

Sebelum kita tengok Video Rakaman Kejadian Letupan Bom Di Bangkok itu kita baca dulu laporan berita dari Utusan Online ini. BANGKOK 17 Ogos – Sekurang-kurangnya 16 terbunuh, manakala 78 yang lain cedera apabila serangan berkembar berlaku di luar sebuah kuil Hindu popular serta persimpangan terkenal di ibu negara hari ini.

Menurut polis, dalam kejadian pertama, sebutir bom yang diikat pada tiang elektrik di luar Kuil Erawan meletup, diikuti letupan kedua di Persimpangan Ratchaprasong berpunca daripada bom yang disembunyikan pada sebuah motosikal.

Menteri Pertahanan Thailand, Prawit Wongsuwong berkata, letupan itu menyasarkan rakyat asing.
“Bahan letupan yang digunakan dikenal pasti sebagai TNT.

“Polis juga mengepung lokasi kejadian selepas menemukan objek mencurigakan dipercayai bahan letupan,” jelasnya.

Antara yang maut adalah pelancong dari China, Filipina dan Taiwan.

Kejadian itu mencetuskan huru-hara dan cebisan mayat dikatakan bertaburan di lokasi insiden.
Seorang wakil BBC memberitahu, kuil tersebut terletak di tengah pusat bandar dan bersebelahan dengan sebuah hotel lima bintang.

Beberapa buah motosikal yang berada di jalan utama juga terbakar akibat letupan kuat itu.

Persimpangan Ratchprasong sebelum ini sering menjadi lokasi bantahan antikerajaan.

 

Check Also

6 Anggota Bomba Lemas Ketika Menyelamat

6 Anggota Bomba Lemas Ketika Menyelamat

6 Anggota Bomba Lemas Ketika Menyelamat inilah berita yang menggemparkan seluruh rakyat Malaysia hari ini. Faktor …

2 comments

  1. Moga Malaysia terus aman dari sebarang perkara sebegini… Elak-elakkan lah..

  2. sedih tengok mereka yang tidak mengetahui apa-apa menjadi mangsa keadaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *